BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis ingin tahu rasional SKMM pilih U Mobile

Pmx kat China tu, tgh cari pelaburan berbiliun-biliun. Mana ada masa nak pantau.

Kerja kuat ya.. Tapi benda yang boleh untung dalam negara (pura2) bagi terlepas. :ROFLMAO:

Dalam seminggu dua ni nilai ringgit makin jatuh, Pelabur asing jual saham dari BSKL pun meningkat...🤭🤭
 
Sponsored Post

Tak ada kah syarikat bawah Khazanah,EPF,Tabung Haji yang ada share dalam telco layak untuk dapat tender.
Ni pi bagi kat Syarikat Singapore,VTan, MAGNUM dan yang memang sedia kaya dah?

Pengerusi Khazanah main telur kah? bangang :ROFLMAO:
Khazanah sibuk dengan fashion butik2.
Dorang tak minat bisnes telco.
 
Tak ada kah syarikat bawah Khazanah,EPF,Tabung Haji yang ada share dalam telco layak untuk dapat tender.
Ni pi bagi kat Syarikat Singapore,VTan, MAGNUM dan yang memang sedia kaya dah?

Pengerusi Khazanah main telur kah? bangang :ROFLMAO:
Lagi bangang bang bila bagi duit khazanah kat bibi ucop. Haha.

Tolong melayu katanya tapi terciduk akhirnya.
 

Syarat tambahan SKMM kepada U Mobile pastikan kesimbangan, wujud persaingan sihat - Fahmi​

09 November 2024 01:43pm

Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan pemberita selepas pelancaran Sambutan Hari Kurier Negara 2024 hari ini. Foto Bernama

Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan pemberita selepas pelancaran Sambutan Hari Kurier Negara 2024 hari ini. Foto Bernama

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, syarat tersebut adalah bagi memastikan tidak berlaku ketidakseimbangan dan mewujudkan persaingan sihat antara syarikat telekomunikasi (telco).

“Ini perkara biasa. Kita tidak boleh keliru antara syarat pemilihan dan syarat yang akan dikenakan untuk spektrum.

“Itu dua perkara yang berbeza dan semua telco faham perkara ini,” katanya selepas melancarkan Hari Kurier Negara 2024 yang turut dihadiri timbalannya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Fahmi berkata, syarat tambahan itu juga bagi memastikan Digital Nasional Bhd (DNB) dapat bekerjasama dengan baik bersama syarikat U Mobile.

Beliau berkata, syarat sama turut dikenakan kepada Celcom Digi Bhd semasa kedua-dua syarikat telco itu bergabung pada 2022.

“Sewaktu penggabungan Celcom dan Digi, SKMM mengenakan syarat dan sejumlah spektrum perlu dikembalikan. Sekiranya U Mobile ingin bekerjasama dengan mana-mana syarikat telco lain untuk membangunkan rangkaian 5G kedua negara, maka SKMM perlu mengenakan syarat-syarat,” katanya.

Pada 1 November, SKMM dalam satu kenyataan telah mengumumkan pemilihan U Mobile pelaksana rangkaian 5G kedua negara yang bertujuan untuk memastikan manfaat penuh teknologi 5G sampai kepada orang ramai, industri serta negara.

Artikel Berkaitan:

Menurut SKMM, pemilihan itu dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi syarikat dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.

Syarikat U Mobile Sdn Bhd turut dibenarkan untuk bekerjasama dengan rakan ekosistem lain namun tertakluk kepada kelulusan SKMM. - Bernama

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register