BTC USD 97,396.5 Gold USD 2,696.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis ingin tahu rasional SKMM pilih U Mobile

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,378
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,378
Reaction score
1,685
Points
111

Maxis ingin tahu rasional SKMM pilih U Mobile​

FMT Reporters
-03 Nov 2024, 10:01 PM

Maxis dan CelcomDigi berkata mereka akan mempertimbangkan pilihan selepas perbincangan lanjut susulan pemilihan U Mobile melaksanakan rangkaian 5G kedua.​


12671595-maxis-store-front-maxis-pic-230824.jpeg

Maxis, pengendali mudah alih kedua terbesar negara, dilaporkan pada Ogos berada dalam kedudukan utama menerajui rangkaian 5G kedua. (Gambar Maxis

PETALING JAYA: Pengendali mudah alih, Maxis, yang sebelum ini disebut-sebut menerajui rangkaian 5G kedua akan berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkait rasional pemilihan U Mobile.

“Kami akan melibat urus pihak SKMM untuk memahami rasional keputusan mereka dan akan mempertimbangkan pilihan-pilihan kami selepas perbincangan dengan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dengan infrastruktur rangkaian kukuh dan kepakaran Maxis, cadangan pelaksanaan rangkaian 5G dijangka mengambil masa dan sumber yang jauh lebih sedikit untuk mencapai peratus liputan kawasan berpenduduk yang sama seperti rangkaian 5G pertama.
Liputan 5G dalam bangunan turut akan disediakan di kawasan tersebut.

Pengendali rangkaian terkemuka Malaysia, CelcomDigi, juga menyatakan syarikat itu berkemampuan memulakan serta-merta pembinaan rangkaian 5G untuk memadankan liputan rangkaian sedia ada.
CelcomDigi berkata, mereka telah membentangkan kepada SKMM “cadangan teknikal dan komersial menarik” dan kini akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan “untuk mempertimbangkan beberapa pilihan berdaya maju di hadapan “, susulan pengumuman selepas pemilihan U Mobile semalam.
Semalam, SKMM berkata, U Mobile, yang dipengerusikan taikun Vincent Tan, dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara, mengambil kira “perbincangan mendalam merangkumi aspek teknikal dan komersial”.
Maxis, pengendali mudah alih kedua terbesar negara yang dikawal oleh bilionair T Ananda Krishnan, dilaporkan berada dalam kedudukan utama untuk mengetuai pelancaran rangkaian 5G kedua negara itu.

Digital Nasional Berhad (DNB) ditubuhkan kerajaan pada 2021 sebagai syarikat tujuan khas membangunkan rangkaian 5G negara dan menawarkan pemborong perkhidmatan 5G kepada syarikat-syarikat swasta.
Susulan gerakan melobi yang kuat melibatkan rangkaian swasta, kerajaan baru diterajui Pakatan Harapan memutuskan pelaksanaan rangkaian kedua diwujudkan, menerusi penjualan 75% pegangan DNB kepada syarikat swasta.
 
Sponsored Post

YDPA kan ade share dlm umobile?

vincent tan ni cepat betoi bertindak... sume raja2 melayu dier pegang....
maxshit & solkom dah buat proposal siap ada perincian detail apa dorang nk buat ..

alih² org len yg xde kepakaran dan low end user yg dpt .. silap² maxshit & solkom punya proposal pi pass kat imobil ..

bukan leh caya tatakelola jaman madani ni .. spin & ketimbang luar biasa ...

belom kira Pashion valet punya kes lagi .. bapak founder bekas sec. papa ...
 
maxshit & solkom dah buat proposal siap ada perincian detail apa dorang nk buat ..

alih² org len yg xde kepakaran dan low end user yg dpt .. silap² maxshit & solkom punya proposal pi pass kat imobil ..

bukan leh caya tatakelola jaman madani ni .. spin & ketimbang luar biasa ...

belom kira Pashion valet punya kes lagi .. bapak founder bekas sec. papa ...

So dah leh bayangkan tahap Line tenet 5G Malaysia mcm mane.... Kompom ke laut.. silap2 tersenarai 5 negara talian internet PLG slow di dunia.... Umobile ni murah... Tp line dikawasan kg dan BYK pokok... Teruk nak mampuih...
 
So dah leh bayangkan tahap Line tenet 5G Malaysia mcm mane.... Kompom ke laut.. silap2 tersenarai 5 negara talian internet PLG slow di dunia.... Umobile ni murah... Tp line dikawasan kg dan BYK pokok... Teruk nak mampuih...
silap² maxshit & solkom kena bagi pinjam infra kat imobil dgn arahan skkkkkkkkkmmmm ..
kalao tak ada org morkaaa ..
 
CelcomDigi lepas merge mmg ada masalah perfomance & proses merge tu still berjalan... CelcomDigi punya merge 1+1 tak jadi 2...dia jadi 0.8, banyak complain user pasal CelcomDigi dlm tahun ni so aku tak pelik diorang tak dapat...

cuma Maxis paling stable in term of perfomance & coverage , UM belakang Maxis so favouritism mmg wujud utk 2nd 5G license...

sebenarnya dah ada deal belakang CelcomDigi&YTL beli DNB , Maxis & UM JV utk 2nd license , mana tau UM backstab Maxis last2 minute ... kena potong tang corner , so open secret sebenarnya UM dapat kenapa


tapi tak kisah la sapa dapat , TM jugak yg untung backbone dia punya...sapa dapat pun nanti sure kena deal dgn TM :ROFLMAO:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register