Maxis 1Store: Peluang jana pendapatan

Recommended Brokers


demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pembangun aplikasi telefon bimbit melalui laman web, Maxis 1Store boleh mendapatkan 100 peratus keuntungan seumur hidup apabila aplikasi yang dibangunkan mereka dimuat turun oleh pengguna.

Bagaimanapun, kelebihan ini hanya boleh dinikmati oleh pembangun aplikasi yang mendaftar sebelum 1 Jun 2011.

Naib Presiden dan Ketua Produk, Alat dan Inovasi Maxis Bhd. (Maxis), T. Kugan berkata, ini bertujuan mengalakan pembangun aplikasi menggunakan kemudahan itu khususnya di kalangan rakyat tempatan.

"Sejak diperkenalkan awal tahun ini, sudah terdapat 300 pembangun aplikasi mendaftar kepada Maxis 1Store dengan 1,200 aplikasi telah diperkenalkan kepada pengguna pelanggan Maxis," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Maxis 1Store secara rasmi di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pembangunan Inovasi Produk, Navin Wathan dan Ketua Saluran Kandungan dan Pembangunan Industri, Rostam Abdul Hashim.

Tambah Kugan, daripada sejumlah 300 pembangun aplikasi yang berdaftar, mereka yang terdiri daripada rakyat tempatan amat kurang.

"Diharapkan kemudahan yang diperkenalkan ini boleh mengalakan pembangun dari kalangan rakyat tempatan selain menghasilkan aplikasi yang lebih kreatif," katanya.

Pembangun aplikasi yang berminat ingin mendaftar boleh melayari https://developer.1store.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pada masa sama, beliau tidak menyatakan pendapatan yang boleh dijana melalui Maxis 1Store tetapi yakin ia mampu meningkatkan perolehan syarikat bagi segmen perkhidmatan bukan suara.

"Berdasarkan pengalaman, tiada siapa menjangka kadar penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) begitu tinggi seperti hari ini.

"Perkara sama akan berlaku kepada Maxis 1Store. Berdasarkan maklumat sedia ada, terdapat 50 juta melayari laman web Maxis setiap tahun.

Tambahnya, terdapat 3.8 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan 3G, 2.3 juta pengguna MMS dan 134 juta penghantaran SMS dilakukan setiap hari melalui Maxis.

"Saya yakin ia mampu menarik pembangun aplikasi menggunakan kemudahan ini sekali gus menjana pendapatan kepada syarikat," katanya.

Ujar beliau lagi, salah satu kelebihan Maxis 1Store, pembangun boleh mencipta pelbagai aplikasi kepada 100 jenis telefon bimbit berbeza.

Jelas Kugan, perolehan segmen ini boleh mencapai sebanyak 50 peratus terhadap pendapatannya Maxis berbanding 36.6 peratus yang dicatatkan sehingga suku kedua tahun ini
 
Top
Log in Register