Mawi sangkal ‘beli’ mentua

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: “Saya tidak belikan kereta Alphard kepada bapa Ekin dan rumah mewah kepada ibunya seperti gosip yang disebarkan di Internet itu.

“Sebaliknya, rumah di Taman Impian Mas, Johor Bahru itu dibeli keluarga Ekin sendiri. Ekin dan kembarnya Aein serta bapanya memang sepakat nak beli rumah untuk ibu mereka dengan duit pencen yang diterima bapanya.

“Kereta Alphard itu pula memang milik saya dan bapa Ekin juga masih memandu kereta Myvi sampai sekarang,” kata penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi, 27, ketika diminta mengulas mengenai isu kereta dan rumah mewah yang dikatakan diberi kepada keluarga bakal isterinya, Nora’shikin Rahmat atau Ekin, 29, seperti yang hangat diperkatakan di Internet ketika ini.

Pada masa sama, Mawi juga menafikan dia sanggup berhabis duit demi merealisasikan majlis perkahwinannya menjelang 20 Disember nanti.

“Saya tidak terfikir pun untuk menjadikan majlis perkahwinan kami ini ‘wedding of the year’. Saya cuma fikir mereka yang banyak bekerjasama dengan kami sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam bidang seni.

“Majlis perkahwinan yang kami rancangkan ini ibarat berkongsi dengan semua orang. Apa yang kami lakukan ini pengorbanan kami untuk peminat di luar sana,” katanya.

Mawi dan Ekin menyerahkan kad undangan perkahwinan mereka kepada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times, di Balai Berita, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management (Maestro), Freddie Fernandez dan Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent, Liza llias.

Mawi dan Ekin kemudian bergegas ke butik Lord’s Tailor, Bangsar Shopping Centre untuk mencuba dua baju untuk muka depan buku majlis perkahwinannya dan bagi acara memotong kek.

Mawi turut mengesahkan mereka akan menggunakan helikopter dari Johor Bahru ke dewan tempat majlis persandingan di Felda Taib Andak.

“Kami akan menaiki helikopter itu dari rumah Ekin di Johor Bahru ke Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti.

Sebenarnya, ia bukan impian kami sebaliknya tajaan kawan baik sebagai hadiah perkahwinan kami. Bagaimanapun, dia meminta identitinya dirahsiakan,” katanya.

Rasanya memang dia tak bellikan semua tu tapi macam nak kena bayaqkan saja nanti...

:eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
heheh....berhutang plak mawi pas kawin...

sengkek...
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
dwet manyak talak buleh bwk mati woo.

kasik belanje saje lar. :)cgrock
 

ziana

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2007
Messages
130
Reaction score
0
Points
10
Ekin makin ayu

Ekin nampak makin ayu dan cantik.
 

VAMP

Ex-Super Mod
Platinum Member
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,432
Reaction score
52
Points
130
kalau lari budget nie senang je, buleh je suruh peminat tekan AFUNDI MAWI. hehe :p
 

ApplePutih

Fun Poster
Joined
Nov 13, 2008
Messages
112
Reaction score
2
Points
15
mmmmmmmmmmmmmm..............biarlah....
duit dia suketi dia lah...
duit kita time afundi dia...
mujur Apple x berabis duit utk bda2 mcm ni...
haiyakkkkkkkkkkkkk
 

dekdot

Fun Poster
Joined
Oct 21, 2008
Messages
109
Reaction score
0
Points
10
org banyak wit...macam2x bleh wat,

jgn hujan lebat mase diorg nak gi umh mawi udah leh..
tak jadi pulak nak naik helikopter....kang :p:p:p
ader yg nak speed bot..:D:D
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
rezeki dia dah terbuka luas... doakan je terus berjaya...
 

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
dpt menantu kaya..

best la..

berjuta lg duit dia..

setakat umah ngan keta tu pejam mata je mawi bayar..

:)):)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register