TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,133
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,133
- Reaction score
- 22,839
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Kangar: Seorang lelaki yang juga pengendali jengkaut terbunuh dalam keadaan mengerikan selepas tersepit di bahagian pemandu jentera berat itu, di sini, 6.30 petang ini.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 50-an dikatakan sedang membuang ketulan batu di lereng bukit daripada ketinggian 25 meter menggunakan jentera berkenaan.
Bagaimanapun, difahamkan, jengkaut mangsa tiba-tiba tergelincir sebelum jatuh ke bawah bukit.
Jengkaut mangsa yang jatuh dalam keadaan terbalik menyebabkan mangsa tersepit di bawah jentera berat berkenaan.
Mangsa maut selepas tertusuk beberapa besi di badannya dan disahkan maut di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2440#sthash.Cy5LyhCs.dpuf