BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut terkena renjatan elektrik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
bolehingatke_1481967709.jpg

Kuala Terengganu: Mayat lelaki ditemui di tapak rumah yang sedang dirobohkan di Taman Nakhoda, Kampung Titian Hangus, di sini, hari ini

Mayat lelaki dipercayai pencari besi buruk berusia 35 tahun itu ditemui pekerja yang datang ke tapak itu bagi menyambung kerja merobohkan rumah itu, pada kira-kira 8 pagi ini

Menurut sumber, mangsa dikatakan berasal dari Kampung Wakaf Mempelam, maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Katanya, mangsa sebelum ini pernah dilihat penduduk kampung mencari besi buruk di kawasan berkenaan

"Turut ditemui di lokasi kejadian adalah seguni berisi besi buruk dan motosikal mungkin milik mangsa," katanya

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu

http://www.hmetro.com.my/node/189797
 
Kesian dia..cari rezki dgn jual besi buruk.. kena elektrik plak..dah ajal mmg x leh ckp apa..
 
takziah.

kesian gak, tapi pelik kenapa masih ada bekalan elektrik ... takkan tak potong dulu sbelum roboh rumah
 
Back
Top
Log in Register