BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut terjatuh tingkat 10

-pojie-

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,035
Joined
Oct 29, 2008
Messages
21,035
Reaction score
57
Points
130
ne_05.1.jpg


GEORGE TOWN - Seorang pelajar jurusan fizik Universiti Sains Malaysia (USM) sempat memohon maaf kepada rakan dan ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Desa Universiti, Sungai Dua di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan Tan Chee Boon, 23, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat terjatuh melalui tingkap bilik tidur rumah sewanya.

Pelajar tahun akhir itu dikatakan baru sahaja sampai ke rumah itu pada malam kelmarin selepas menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Taman Gunung Perak 2, Alor Setar, Kedah.
 
naya je jatuh
 
Pelajar IPTA tinggal mesej sebelum ditemui mati

GEORGETOWN - Pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri Desa Universiti di Sungai Dua di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pelajar berusia 23 tahun itu ditemui mati oleh rakan sebiliknya pada pukul 1.30 petang di kawasan
halaman bawah pangsapuri itu.

Katanya, lelaki terbabit sebelum itu dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan sebiliknya meminta dia menyelesaikan semua urusan
yang ditinggalkan selepas 'ketiadaannya'.

Beliau berkata rakannya yang ketika itu berada di kampus terus bergegas pulang dan mendapati lelaki terbabit mati dalam keadaan berlumuran darah di kawasan halaman pangsapuri itu.

Pelajar tahun akhir jurusan Fizik itu juga dikatakan memohon maaf kepada ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum kejadian.

Kong Meng berkata, siasatan awal polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat pelajar itu telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital
Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
 
budaknye melayu ka apa ni?

x..rasanya budak cina.course fizik..memang tension giler dgn course ni kalau kat USM.yg masuk blaja dlm course ni, hanya 50% je blh grad, yg lain terpaksa extend, reject, brenti n tukar course.#:-S
 
x..rasanya budak cina.course fizik..memang tension giler dgn course ni kalau kat USM.yg masuk blaja dlm course ni, hanya 50% je blh grad, yg lain terpaksa extend, reject, brenti n tukar course.#:-S

Kot yer pun, kenapa nak bunuh diri? Mak bapak susah payah bela dari kecik. Ingat mcm jaga kucing ka? Jaga kucing pun susah tau. :(
 
Desa U? huh.....mmg tggi tuh....konpem ramai takut nak dok situ pasni.....kes bunuh diri la ni.....
 
Back
Top
Log in Register