Maut selang sehari

CG Sponsors




pokcak

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
9,664
Reaction score
95
Points
80
GEORGETOWN: “Mak, kakak sejuk,” itu kata-kata terakhir seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kepada ibunya sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam denggi, Sabtu lalu.
Nik Hazwani Hawa Nik Shamrul Zaini, adalah korban pertama wabak denggi di negeri ini yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi di Hospital Lam Wah Ee, Jelutong di sini, selepas dua hari dimasukkan ke wad berikutan demam kuat.

Malah, lebih menyedihkan, adik Nik Hazwani, Nik Zawiah Zahida, 3, menyusul sehari kemudian, juga akibat penyakit sama.


Ibu mangsa, Hayati Abdul Wahab, 30, berkata pada mulanya keadaan Nik Hazwani tidak teruk dan selepas menerima rawatan, dia disahkan menghidap virus Rota dan selepas itu keadaannya berubah lebih teruk.


Hayati berkata, anak sulungnya itu menjadi tidak bermaya selepas muntah dan anggota badannya lemah serta berwarna kebiruan serta menggigil.


“Selepas mukanya pucat dan kebiruan, saya hanya mampu berdoa dan berharap Hazwani beransur pulih tapi keadaannya bertambah teruk biarpun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya.

“Namun, Allah lebih menyayangi dan menjemputnya lebih awal. Arwah meninggal dunia beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh di sisi keluarga dan sukar untuk saya menerima berita kematiannya ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Villa Sri Kenanga, Batu Uban di sini, semalam.


Keluarga berkenaan turut menerima kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussin serta barisan exco kerajaan negeri.


Ujian lebih hebat menimpa keluarga Hayati apabila anak keduanya, Nik Zawiah dimasukkan ke hospital sama pada 4 Februari lalu dan meninggal dunia pada jam 6 pagi Ahad (7 Februari lalu) iaitu sehari selepas kakaknya meninggal dunia. Hayati berkata, doktor mengesahkan punca kematian Nik Zawiah ialah akibat sindrom kejutan denggi.


Dia yang masih berpantang selepas 25 hari melahirkan anak keempat iaitu bayi lelaki, Nik Haikal Haziq, tidak mampu menyembunyikan perasaan sayu apabila kehilangan kedua-dua anak perempuan yang akrab.


Sementara itu, suami Hayati, Nik Shamrul Zaini Nik Ibrahim, 33, berkata pemergian anaknya sangat dirasai kerana tingkah laku mereka yang manja dan senang didekati semua orang.


“Mereka sering berdua tanpa mengira waktu. Wajah Zawiah saling tidak tumpah seperti wajah kakaknya dan pemergian mereka berdua kehilangan yang besar buat kami.


“Biarpun kami dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan, bohong kalau saya tidak sedih apabila keceriaan dua anak saya itu hanya tinggal kenangan,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua anaknya tidak memperlihatkan sebarang tanda pelik pada saat-saat akhir dan paling menyedihkannya apabila Hazwani sempat berseloroh ketika mandi mengatakan dia tidak perlu mandi lagi selepas ini.


“Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan pemergian kedua-dua anak tercinta,” katanya.


Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelugor masing- masing pada Sabtu dan Ahad lalu dengan dihadiri sanak-saudara dan jiran terdekat.

sumber: Metro.


p/s: ayah budak tu adalah kawan aku masa kat sekolah. Sedih juga aku, tapi itu yang dah ditentukan oleh pencipta.
 
Sponsored Post

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
sedih nya...

tp bertuah mak ngan ayah diaorg ni..esok anak2 tunggu nak msk syurga..
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
virus ROTA.. cam name kepek rota rota plak
 

wiralution X

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
2,826
Reaction score
41
Points
30
kesian mak budak2 ni..tapi dah ajal nak wat camner..redho je la
 

RINI ROSES

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
17,170
Reaction score
6
Points
115
inalillah...lepas neh silalah pantau persekitaran rumah memasing!
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
innalillah......aku syorkan pd ayah²....mahupun kita sendiri kalau kena demam tak baik dlm 3 hari bwk pi hospital @ klinik kesihatan kerajaan utk check darah...rm1 aja....demam minum 100 plus byk².....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register