Maut rempuh bas, pelajar meninggal kereta terbabas

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


KUANTAN - Keseronokan tiga rakan memecut motosikal bersaing sesama sendiri berakhir tragedi apabila salah seorang mereka maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah bas persiaran yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 127, Jalan Kuantan-Johor Bharu dekat Rompin, awal pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berketurunan Orang Asli, Ramzi a/l Rahim, 18 meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, bas terbabit berhenti di tepi jalan di lokasi itu sebelum pemandunya, Mohammad Shah Sahal, 49 turun untuk membuang air.

Menurutnya, ketika bas terbabit bergerak untuk meneruskan perjalanan, pemandunya ternampak tiga motosikal dari arah belakang ditunggang laju.

“Salah seorang penunggang dipercayai gagal mengelak ketika mendekati bas lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

“Mangsa tercampak jatuh ke atas jalan manakala motosikal jenis Honda EX-5 yang ditunggang tersepit di belakang bas,” katanya, semalam.

Katanya, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan penunggang menunggang secara melulu.

Punca nahas masih disiasat ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tersepit dalam kereta

Sementara itu, seorang penumpang maut manakala pemandunya parah selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Pintasan Kuantan di sini, petang semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Nur Ajlaa Dzurkarnain, 19 dari Kampung Sungai Isap 1 di sini disahkan meninggal di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Manakala pemandu, dikenal sebagai Norlaila Nabilah, 19 berasal dari Temerloh yang parah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kereta dinaiki dua pelajar itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Bukit Rangin menghala ke Gambang.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Mangsa berada di kerusi penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan yang hampir remuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/maut-rempuh-bas-pelajar-meninggal-kereta-terbabas-1.148096
 
Sponsored Post

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
jalan raya masih lagi pembunuh nombor satu di malaysia
puncanya ialah sikap pengguna
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Hati2 di jalan raya..ni mesti xpakai helmet ni.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,670
Reaction score
21,084
Points
1,671
yang selalu ak kena..lori kt sidetable nak masuk jalan, die nampak kita kt belakang ni tapi masuk jgk jalan..dgn harapan die masuk jalan slow2 nak suh kita terus potong die guna lorong sebelah..gila dbuatnye tibe2 depan tu ada kereta..xpasal2 brek mengejut
 

adl

Junior Member
Joined
Oct 25, 2011
Messages
72
Reaction score
0
Points
6
perlu naik kuda untuk mengurangkan kadar kemalangan.
kenderaan yg kita naik sekarang ni tidak ada perasaan tu sebab antara kita selalu ada yg kemalangan. kuda barulah ada perasaan. kuda tidak akan membiarkan dirinya sakit akibat berlanggar.
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
nie mesti tunggang kepala letak bawah paras kepala moto smpai taknampak bas
 
Sponsored Post
Top
Log in Register