Maut nahas akibat sakit jantung

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
pikap_1601599113.jpg


SAMARAHAN: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung sebelum pikap dipandunya terbabas lalu melanggar belakang sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam di Kilometer 11, Jalan Datuk Mohd Musa di hadapan Gereja St Francis di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika mangsa, Abdul Rambli Jobeli, 49, dari Kampung Lubok Punggor, Simunjan bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Bandar Riyal menuju ke Kota Samarahan.

"Dipercayai mangsa terkena serangan jantung lalu hilang kawalan dan terbabas melanggar belakang sebuah Perodua Myvi yang diparkir di bahu jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata mangsa dibawa ke Pusat Jantung di sini untuk tindakan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat.
Katanya kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


== bharian
 
Top
Log in Register