BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Maut motosikal bertembung

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,283
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,283
Reaction score
1,665
Points
201
FB_IMG_1626761147523.jpg
FB_IMG_1626761151455.jpg
FB_IMG_1626761156602.jpg
FB_IMG_1626761158716.jpg
FB_IMG_1626761161065.jpg
FB_IMG_1626761163727.jpg
FB_IMG_1626761166146.jpg

Maut motosikal bertembung

Kota Bharu: Pelajar lelaki berusia 15 tahun maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kampung Chicha Menyabong di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Adam Azman maut akibat cedera parah di kepala manakala Muhammad Hamzi Akmal, 18, mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kemalangan berlaku ketika Muhammad Adam yang menunggang Honda C100B dari arah Kampung Pulau Belanga ke Wakaf Zin terbabas serta masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, akibatnya mangsa bertembung dengan Yamaha LC 135 yang ditunggang Muhammad Hamzi yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bekerja.

"Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa jatuh dan seorang daripadanya meninggal dunia yang disahkan oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Kota Jembal.

"Muhammad Hamzi yang beralamat di Kampung Panchor Kemumin mengalami cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, keterangan daripada saksi bebas yang juga penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kemalangan juga diperolehi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

*hmetro
Gambar: Polis/media sosial
 
Back
Top
Log in Register