BTC USD 27,923.7 Gold USD 1,999.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut motor Kriss langgar lopak air

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
Kuantan: Seorang pembantu kantin maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak air di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, berhampiran Kampung Chendering, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu menyebabkan mangsa Mohamad Jafri Hashim, 48, dari Kampung Pandan 1, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, Mohamad Jafri yang bekerja sebagai pembantu kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Panglima Perang, di sini, dalam perjalanan dari pelabuhan menuju rumahnya.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss terlanggar lopak air menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang menunggang seorang diri, tercampak ke kiri jalan manakala motosikalnya rosak teruk.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi ambulans bagaimanapun mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba 15 minit kemudian," katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4982#sthash.DHJGIDt0.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register