BTC USD 26,894.8 Gold USD 1,977.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut kenderaan terjunam dalam gaung

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,987
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,987
Reaction score
588
Points
121
Maut kenderaan terjunam dalam gaung
FB_IMG_1654963337551.jpg
FB_IMG_1654963341811.jpg
FB_IMG_1654963344032.jpg

Kimanis: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Kimanis – Keningau, di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 2 petang itu, mangsa lelaki yang belum diketahui identitinya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 2.21 petang.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan Papar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis D Max terbabas sendiri ke dalam gaung sedalam 30 meter.

“Terdapat dua mangsa terbabit dilaporkan. Seorang mangsa telah terkeluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, seorang lagi mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa kemudian dibawa naik oleh pasukan bomba menggunakan tali penyelamat dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya lagi, selepas tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan jam 4.46 petang.
 
Top
Log in Register