BTC USD 65,182.8 Gold USD 1,782.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

maut ditikam selepas menegur rakan baik jangan terlibat dengan dadah

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
Gara-gara tegur jangan terlibat dadah, lelaki mati ditikam

KOTA BHARU - Gara-gara menasihati rakan serumahnya agar tidak terbabit dengan gejala dadah, seorang lelaki maut akibat ditikam dalam kejadian di Kampung Rahmat, Lubok Setol, Pasir Mas hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian antara pukul 8 dan 9 pagi itu, Mohd Yusof Zakaria, 41, ditikam dengan sebilah pisau yang mengenai jantungnya.

"Mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik di Rantau Panjang," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata suspek yang berumur 37 tahun menyerah diri di Balai Polis Lubuk Setol, setengah jam selepas kejadian.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau berukuran 12 sentimeter daripada lelaki itu yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.

Ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah dan mempunyai rekod membabitkan dadah pada 2002, katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, Mazlan berkata insiden berlaku di hadapan kantin di kawasan perlombongan bijih besi kampung berkenaan, selepas mangsa menegur suspek agar tidak terbabit dengan dadah dan berhenti daripada mengganggu keluarga sendiri.

"Suspek baru bekerja di lombong itu dalam tempoh sembilan bulan dan berasal dari Benut, Johor manakala mangsa yang dilahirkan di Kedah kini menetap di Pasir Mas dan tinggal bersama suspek," katanya.

Mangsa katanya ditikam dua kali, namun tikaman pertama berjaya dielak sebelum ditikam kali kedua yang tepat ke jantung mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama
 
Sponsored Post

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
baguslah tu dapat hukuman gantung sampai mampos mandotori ..
 

nujum pak belalang

Fun Poster
Joined
Jul 4, 2012
Messages
176
Reaction score
0
Points
10
dah ajal dia...........

ambik iktibar lah semua.... sesetengah orang lagi dilarang lagi teruk... orang mcam ni jangan dilarang / dinasihati....

cakap je kat dia... KAU TAK PAYAH BRENTI LA HISAP DADAH... NANTI TOKEY DADAH NAK JUAL DADAH KAT SAPA KALAU KAU BERENTI...... LAGI PUN KAU MEMANG TAK BOLEH BERENTI PUNYA.... ADA SATU JE CARA KALAU KAU NAK BERENTI... KALAU DIA TANYA APA CARA... JAWAP PELAN2 ..kalau kkau mati baru kau boleh berenti....
 

wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
kawan bg nasihat pun kena tikam.. apa la nk jadi..
 

semakdoh

Fun Poster
Joined
Sep 5, 2010
Messages
684
Reaction score
0
Points
10
mati katak je...

tp sebenarnya ajalnya dh smpai...

innalillahiwainnailaihirajiun..
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
macam dah ada semalam,ke berita harini?
 

feir

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2012
Messages
493
Reaction score
0
Points
10
mudah mudahan mati syahid. "berkatalah perkara yg benar walaupun ianya pahit"
 

Lenkcai

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2012
Messages
3,617
Reaction score
18
Points
25
tikam lagi....

macam ada tema je , pelik tol la aku
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register