Maut dipukul, dibakar kerana aibkan al-Quran di Bangladesh - Video

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,273
Points
201
868112.jpg

Gambar fail menunjukkan beberapa orang pelajar membaca kitab suci al-Quran di sebuah sekolah agama Islam di Bangladesh. - Foto AFP



DHAKA - Seorang lelaki yang didakwa mengaibkan kitab suci al-Quran meninggal dunia selepas dipukul dan dibakar oleh beratus-ratus orang yang marah dengan tindakannya di sebuah bandar di Bangladesh semalam.

Pada mulanya, polis telah menahan dua lelaki selepas mereka bertindak melangkah kitab suci di dalam sebuah masjid bandar Burimari dekat sempadan India, kata polis.

Bagaimanapun, orang ramai yang marah bertindak menarik dan memukul kedua-dua lelaki berkenaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut manakala lelaki kedua sempat melarikan diri.

"Mereka memukul seorang lelaki sehingga mati dan membakar mayatnya," kata ketua polis daerah, Abida Sultana kepada AFP.

Sebelum insiden itu, dua lelaki berkenaan ditahan di sebuah pejabat perbandaran selepas terdapat dakwaan daripada jemaah Masjid Jame Burimari bahawa lelaki berkenaan mengaibkan al-Quran.

Polis berkata, lebih 1,000 orang menyerbu pejabat majlis perbandaran itu dan polis terpaksa melepaskan 17 kali tembakan bagi menenangkan orang ramai tetapi gagal untuk menghalang mereka daripada mengambil lelaki berkenaan yang berusia 35 tahun.

Mangsa kemudian dipukul sehingga mati sebelum sejumlah orang membakar pejabat tersebut.

Lelaki yang dipukul itu kemudian dibakar di jalanan.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah kemarahan sebahagian besar penduduk Muslim berhubung komen mengenai Islam yang dibuat oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Puluhan ribu orang mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-Macron dalam minggu ini di ibu kota Dhaka dan bandar pelabuhan, Chittagong. - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-dibakar-kerana-aibkan-al-Quran-di-Bangladesh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
di negara kurang pelajaran dan ajaran dibunuh sesama manusia .. di negara moden yang melangkah maju, pembunuh masih tidak nampak dengan mata kasar :D
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Pijak quran pun sampai di bakar nya mati
mana tau kot2 org tu mental ke
1604065125996.jpeg

mcmmana plak tak kene cop pengganas

boikot amik pekerja bangla :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register