BTC USD 28,149.4 Gold USD 1,978.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dilibas pisau pemotong kertas.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Petaling Jaya: Seorang peniaga barang lusuh maut dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dilibas dengan pisau hingga tembus ke bahagian belakang tengkuk.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, kelmarin mangsa yang berusia 38 tahun diserang dengan pisau pemotong kertas oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Mutiara Subang 1, Subang Jaya, di sini.

Kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berhubung persaingan perniagaan barang lusuh.

Difahamkan mangsa yang dihantar bagi mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) meninggal dunia jam 11.25 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli (gambar) berkata, anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemui kesan darah dan serpihan mata pisau pemotong kertas.

“Ketika kejadian, si mati bersama dua lagi lelaki sedang minum berhampiran kedai runcit berkenaan sebelum suspek muncul dengan menaiki motosikal.

“Mangsa kemudiannya menegur suspek menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata, semasa pertengkaran itu berlaku suspek menikam leher mangsa dengan menggunakan senjata tajam itu.

“Seorang rakan mangsa yang berada di situ cuba membantu, namun dia turut dilibas sehingga terpaksa menerima 18 jahitan di bahagian dahi kanan, lapan jahitan di hidung dan satu jahitan di bibir atas.

Beliau berkata, suspek turut membuat laporan polis menyatakan dia diserang tiga lelaki terbabit.

“Dalam laporan itu, suspek memberitahu dia cuba ditumbuk dan dicederakan dengan pisau oleh tiga lelaki, namun berjaya mengelak,” katanya.

Yahaya berkata, siasatan lanjut mendapati punca sebenar kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan suspek berhubung persaingan perniagaan.

http://www.hmetro.com.my/node/6409
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register