Maut dihempap jentera penggelek jalan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,022
Reaction score
153
Points
33
866410.jpg


KULIM - Seorang pemandu jentera penggelek jalan atau 'steamroll' maut dihempap kenderaan itu ketika melakukan kerja-kerja baik pulih jalan di Kampung Paya Ketiau, Padang Serai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Riduan Mohd Ali, 33, gagal mengawal jentera terbabit sehingga menyebabkannya terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit.

Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bawah jentera sehingga terpaksa menggunakan jentera pengorek atau 'backhoe' untuk mengalihkannya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian dikatakan berlaku secara tiba-tiba apabila kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan dan jentera tersebut telah jatuh ke dalam parit serta menghempap mangsa.

"Mangsa tersepit dan rakannya telah menggunakan backhoe bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

866411.jpg


"Namun mangsa dipercayai telah meninggal dunia selepas disahkan pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian lain, Azhar berkata, seorang warga emas maut akibat kemalangan di Taman Petaling Jaya di sini kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Menurut Azhar, mangsa, Kho Beng Thek, 63, dari Taman Kempas Merah dipercayai mengadu sakit dada dan sedang dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan dengan ditemani isterinya.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan sebelum merempuh tembok longkang," katanya.

Difahamkan, berlaku hentakan kuat stereng kereta pada bahagian dada mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, bagaimanapun isterinya tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian," katanya


== sinar harian
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,281
Reaction score
2,146
Points
206
View attachment 303427

KULIM - Seorang pemandu jentera penggelek jalan atau 'steamroll' maut dihempap kenderaan itu ketika melakukan kerja-kerja baik pulih jalan di Kampung Paya Ketiau, Padang Serai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Riduan Mohd Ali, 33, gagal mengawal jentera terbabit sehingga menyebabkannya terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit.

Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bawah jentera sehingga terpaksa menggunakan jentera pengorek atau 'backhoe' untuk mengalihkannya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian dikatakan berlaku secara tiba-tiba apabila kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan dan jentera tersebut telah jatuh ke dalam parit serta menghempap mangsa.

"Mangsa tersepit dan rakannya telah menggunakan backhoe bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

View attachment 303428

"Namun mangsa dipercayai telah meninggal dunia selepas disahkan pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian lain, Azhar berkata, seorang warga emas maut akibat kemalangan di Taman Petaling Jaya di sini kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Menurut Azhar, mangsa, Kho Beng Thek, 63, dari Taman Kempas Merah dipercayai mengadu sakit dada dan sedang dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan dengan ditemani isterinya.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan sebelum merempuh tembok longkang," katanya.

Difahamkan, berlaku hentakan kuat stereng kereta pada bahagian dada mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, bagaimanapun isterinya tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian," katanya


== sinar harian
kho beng thek tak pakai seat belt ke?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register