BTC USD 47,577.4 Gold USD 1,756.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matrikulasi Tidak Akan Dimansuh - Najib

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
PEKAN 1 Nov. — Program matrikulasi tidak akan dimansuhkan walaupun terdapat pihak tertentu yang pernah mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula pelaksanaannya sebagai salah satu cara menyalurkan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak yang mengeluarkan cadangan itu berpendapat program matrikulasi perlu dimansuhkan dan hanya satu saluran sahaja digunakan untuk semua pelajar ke IPTA.

Dakwaan tentang wujud unsur manipulasi dalam aspek tertentu program matrikulasi dijadikan modal mereka dalam cadangan itu, katanya dalam ucapan perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan kali ke-3 di Felda Chini Timur dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Najib berkata kerajaan mempunyai komitmen penting untuk memastikan program itu terus wujud dalam arus perdana pembangunan negara kerana jika dilihat komposisi pelajar yang berada di IPTA sekarang, sebahagian besar datangnya daripada program matrikulasi.

Katanya tahun ini genap sepuluh tahun Kementerian Pelajaran melaksanakan program matrikulasi di seluruh negara dan program itu menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata setiap tahun jumlah pelajar lepasan SPM yang memohon mengikuti program berkenaan semakin bertambah, bukan sahaja membabitkan kalangan pelajar bumiputera, malah turut disertai pelajar bukan bumiputera apabila sepuluh peratus tempat dibuka kepada mereka.

Beliau meminta agar tidak timbul rasa sangsi terhadap program matrikulasi kerana pemilihan pelajar menggunakan kaedah meritokrasi yang memberi keadilan kepada semua pihak.

“Janganlah bercakap tentang manipulasi program matrikulasi ini kerana hal ini tidak berlaku. Apa yang dilakukan selama ini ialah proses dan sistemnya dikemas kini bagi tujuan mengurangkan kadar keciciran pelajar-pelajar yang berpotensi,” kata Najib.

Sehingga kini terdapat sembilan buah Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan dua buah Kolej Mara yang menempatkan pelajar program matrikulasi.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tiga buah kolej matrikulasi lagi akan dibina manakala empat buah kolej terawal akan dinaiktaraf daripada segi fizikal dan kemudahan supaya seiring dengan kemajuan pendidikan terkini.

Selain itu, katanya, pada tahun depan sepuluh buah Pusat Pembelajaran Sains (PPS) yang sedia ada akan terus mengambil pelajar Tingkatan Empat aliran Sains di samping kelas Tingkatan Lima.

Pengambilan terus pelajar Tingkatan Empat itu akan melibatkan tambahan kos bagi tuisyen manakala cadangan perluasan lima buah lagi PPS iaitu di Johor dan Negeri Sembilan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama di antara Kementerian Pelajaran dan pengurusan Felda dalam masa terdekat, katanya.
 
Sponsored Post

mido

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
Alhamdulillah, tu sbg bokti Najib pertahan mlayu..
jgn tuduh2!!
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Alhamdulillah, tu sbg bokti Najib pertahan mlayu..
jgn tuduh2!!

bukan tuduh2 ler....

yang bab ekuiti tuh pe cite....?

tapi xper....

mana yang elok, kita tetap sokong.....:)paid
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
matrik ni pada aku,tetap ada baik n buruknye..
antara kebaikan die,bg pendedahan awal kat student,cmna ngan
KEHIDUPAN die U nnt...
tapi,kadang2 dak2 matrik ni,knowledge diorang tak cukup strong
bile da msuk u nnt compare ngan dak2 F6 n Poli..
tapi,still budak matrik punye communication skills,better than them r..
tu yg aku perasan la...
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
bagi aku la. budak matrik mmg bagus.
cuma tak bagusnye kalau terkena culture shock. lagipun nak masuk matrik bukan senang weh. lagipun ni salah satu tuk bumi masuk ke u. ditambah lak dengan sistem meritokrasi yg ade sekarang. kalaula takdak matrikulasi nih, then makin kurangla anak2 melayu yg amik subject hardcore kat universiti.
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,257
Reaction score
5
Points
115
aku 1st batch matrikulasi....

kolej matrikulasi melaka (kmm)
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
matrik ni pada aku,tetap ada baik n buruknye..
antara kebaikan die,bg pendedahan awal kat student,cmna ngan
KEHIDUPAN die U nnt...
tapi,kadang2 dak2 matrik ni,knowledge diorang tak cukup strong
bile da msuk u nnt compare ngan dak2 F6 n Poli..
tapi,still budak matrik punye communication skills,better than them r..
tu yg aku perasan la...

jikalau perkataan KEHIDUPAN itu tidak di highlight.....

saya faham maksud tuan.....

tapi, tuan highligh......:-?
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
aku 1st batch matrikulasi....

kolej matrikulasi melaka (kmm)

adoi, komen la sikit mengenai isu nih...

bukannya bagi tahu dari matrik mana.....:">:">:">
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register