BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati terkejut gerai terbakar

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_01.1.jpg

BEBERAPA peniaga hanya mampu melihat gerai mereka musnah dijilat api di Pasar Borong Kangar semalam.

KANGAR - Seorang pemborong sayur meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas terkejut melihat gerai sayur miliknya di Pasar Borong Kangar di sini terbakar pagi semalam.

Kamaruddin Bahari, 72, (gambar kecil) sebelum itu, mengadu sakit dada sebaik gerai sayurnya musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu.

Abang mangsa, Kafeli Bahari berkata, selepas tidak tahan dengan kesakitan dialaminya, Kamaruddin beredar pulang dan tidak lama selepas itu dia rebah ketika menunaikan solat Subuh di rumahnya di Kampung Sanglang di sini.

Ujarnya, mangsa yang ketika itu tenat terus dibawa oleh anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, sejam selepas dirawat, Kamaruddin meninggal dunia di HTF akibat serangan jantung," katanya di sini semalam.

Kafeli yang juga merupakan Setiausaha Pasar Borong itu berkata, abangnya terlalu sedih kerana gerai dan stor sayur miliknya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.


380355_411383988893415_100000654513628_1285386_1944490893_n.jpg
 
tumpang simpati...agaknya banyak stok simpan kt situ dan musnah terbakar
 
ada member aku pi amek sayur kat area tu mlm tu. dlm pukul 11 mcm tu kot dia kata. sblm ni tak pernah nak bertegur sapa dan bersembang. tapi malam tu dia kata arwah cukup ramah. Apapun Al-Fatihah.
 
Macamana boleh terbakar? Harap bukan perbuatan khianat...
 
takziah buat family arwah....
 
Back
Top
Log in Register