BTC USD 61,182.7 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati Syahid pun Belum Tentu Masuk Syurga

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,843
Points
196
Mati Syahid pun Belum Tentu Masuk Syurga


sedekah-ptc.jpg


Syarat utama kepada ibadat kita diterima dan mendapat pahala dari Allah swt adalah ikhlas. Lawan kepada ikhlas ialah riak. Adalah amat sukar untuk mencapai status mukhlisin dalam beribadat kerana iblis sentiasa menggoda kita dengan pelbagai tipu helah sehingga hari kiamat.

Saya terjumpa sebuah hadis yang agak panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah seperti berikut:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang pertama kali diseru pada hari kiamat adalah orang yang menghafal al Quran, orang yang mati syahid dan orang kaya.

Kepada orang-orang yang menghafal al Quran, Allah berfirman: "Apakah Aku tidak mengajar kamu membaca al Quran yang Aku turunkan kepada RasulKu?"

Jawab mereka: "Tentu sahaja, ya Tuhanku"

Firman Allah seterusnya: "Untuk apa ilmu yang engku miliki itu?"

Jawab mereka: "Saya amalkan dan saya kaji siang dan malam"

Firman Allah lagi: "Engkau dusta!"

Para Malaikat juga berkata: "Kamu dusta!"

Firman Allah: "Sebenarnya engkau ingin mendapat pujian dari orang ramai bahawa engkau seorang qari. Maka cukuplah pujian ramai sebagai pahala untukmu"


Sekarang, giliran orang kaya pula dihadapkan kepada Allah.


Firman Allah: "Apakah Aku tidak memberi kekayaan kepada mu, hingga engkau tidak memerlukan sesiapa pun?"

Jawabnya: "Tentulah ya Tuhanku. Hamba telah mendapat kakayaan dariMu".

Seterusnya Allah berfirman: "Engkau gunakan kekayaan yang Aku berikan itu untuk apa?"

Dia menjawab: "Saya gunakan untuk bersilatulrahin dan bersedekah"

Maka Allah berfirman: "Engkau berdusta!"

Firman Allah seterusnya: "Sesungguhnya engkau ingin mendapat pujian sebagai seorang yang pemurah. Nah, ambillah pujian itu sebagai bahagian untuk mu"


Kini, tiba giliran yang yang mati syahid dihadapkan kepada Tuhan.


Allah berfirman: "Apa yang engkau lakukan selama di dunia?"

Jawabnya: "Saya diperintahkan untuk turut serta dalam perang sabil dan perintah itu saya turuti hingga saya mati dalam peperangan itu"

Firman Allah: "Kamu dusta!"

Kemudian Allah berfirman: "Sebenarnya engkau hanya ingin dipuji sebagai seorang pahlawan yang berani dan pujian itulah bahagian untukmu".


Kemudian Rasulullah menepuk lututku sambil bersabda: "Ya Abu Hurairah, mereka itu adalah orang-orang yang mula-mula sekali merasakan panasnya api neraka".


Sungguh-sungguh hati saya merasa kecut bila membaca hadis ini. Rasa-rasa macam tiada peluang untuk masuk ke syurga memandangkan orang yang mati syahid, dermawan dan qari pun dihumban ke dalam neraka kerana riak apalagi saya yang tidak pernah sunyi dari melakukan pelbagai dosa. Hanya rahmat, keampunan dan belas kasihan Allah sahaja yang saya harapkan untuk mendapat redhaNya.


Sumber:
Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali. Victory Agencie. Muka surat 393 -395.​





 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,531
Reaction score
21,767
Points
1,671
Sekalipun dia pelaku "maksiat", tidak semestinya dia PENGHUNI NERAKA.

Sekalipun dia "ahli" ibadah, tidak bermakna dia PENGHUNI SYURGA
 

adamsabri

Fun Poster
Joined
Mar 17, 2009
Messages
662
Reaction score
1
Points
15
apa saja perbuat mesti ikhlas, mmglah syaitan sentiasa mengugat hati2 kita kerana itu kerjanya, tetapi kita sentiasa berusaha utk menepis segala hasutan syaitan dgn istiqfar, zikir & solawat. bila melakukan kebaikan jgn diungkit2 dan berbangga walaupun dgn diri sendiri. Insyaallah akan lahir keikhlasan itu.
 

roy`z

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2011
Messages
3,992
Reaction score
3
Points
25
khutbah kat tmpt aku smalm ckp psl ni gak
 

buffet2

Active Member
Joined
Jul 30, 2008
Messages
1,255
Reaction score
34
Points
40
sebenarnya kita masuk syurga adalah dgn rahmat Allah s.w.t shj bukan kerana mati syahid atau byk ibadah..

jd pohonlah rahmat Allah s.w.t semasa hidup semoga kita 'balik' ke kampung kekal abadi dgn rahmatNya insyaallah selamat dari api neraka..

serta selawat kpd rasullullah supaya mendpt syafaat di akhirat kelak..insyaallah hu taala..

jgn mengharapkan syurga yg kita harapkan rahmat Allah s.w.t di dunia dan akhirat..

p/s:ada org tua bgtau aku, aku just share kat cini
 

watakungsi

Fun Poster
Joined
Jul 24, 2008
Messages
497
Reaction score
4
Points
25
Cuba fikirkan adakah selama ini kita bersolat sesuai dengan niat solat kerana Allah Ta'ala sahaja...tanpa ada udang di sebalik mee (mengerjakan solat mengharap pahala serta takut terhadap apai neraka jika tak mengerjakan solat )

ada tak manusia kat dunia ni.. yang boleh buat sesuatu kerana kerana Allah Ta'ala sahaja tanpa ada udang di sebalik mee..
 

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,843
Points
196
Indahnya Syahid di Jalan Allah

Indahnya Syahid di Jalan Allah


223418_547553545288965_128090386_n.jpg


Mereka tersenyum walau teruk dilukai, seolah bertemu ketenangan hakiki...

Dari Anas bin Malik r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Setiap jiwa yang mati akan beroleh kebajikan di sisi Allah. Dia (jiwa tersebut) amat menyenangi seandainya beliau dapat kembali semula ke dunia, sekalipun beliau tidak mendapat apa-apa bahagian terhadap dunia dan isinya kecuali sebagai orang yang mati syahid. Sesungguhnya beliau berharap dapat kembali semula ke dunia lalu terbunuh, lantaran mengingatkan kelebihan mati syahid yang beliau lihat.

[HR Muslim]





 

urutbekam86

Junior Member
Joined
Jan 20, 2013
Messages
58
Reaction score
0
Points
11
Fahami firman Allah ini dan renungilah :-

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
(Al-Hadiid 57:19)

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
(An-Nisaa' 4:69)
 

amie71

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2012
Messages
3,356
Reaction score
18
Points
25
aku takut ayat yg post kat atas tu dimanipulasikan.. kn ada yg kata ko solat, sedekah, berjihad pun lom tentu masuk syurga...
 

amie71

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2012
Messages
3,356
Reaction score
18
Points
25
adakah maksud tt tak perlulah mencari "syahid" cuma yg penting ikhlas
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register