mati berperang atas nama bangsa

CG Sponsors

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,478
Reaction score
4,238
Points
196

Suatu ketika telah perang hebat antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba waktu gencatan senjata dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Maka Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.

Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka.

Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata,

"Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat oleh Luqman Hakim.
 
Sponsored Post

wheriz

Active+ Member
Joined
Oct 30, 2006
Messages
3,164
Reaction score
171
Points
33

Hmm pernah dengar kisah ni, ingat2 lupa.... terima kasih kerana resfresh balik.
 
2009

Fun Poster
Joined
Jan 23, 2009
Messages
341
Reaction score
49
Points
20
Ramai yang alpha dan lupa:)cgrock
 
king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
bangsa tak akan dapat menjamin syurga.....tapi AGAMA ISLAM tu insyaallah, kalau ikut betul2 dan beramal.....:D
 
eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
hurmm.. camne ni eh..
ermm..
dia suicide tu ek..
 
king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
hurmm.. camne ni eh..
ermm..
dia suicide tu ek..
camtulah ceritanya bro....bunuh diri.....walaupun beliau berperang melawan orang kafir....cara dia mati dan niat dia berperang tu salah...
 
qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
jd....
moral of the story:
sindri mau ingat niat masing2....
 
profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
sama2 kita perbetulkan niat kita..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register