BTC USD 64,777.2 Gold USD 1,784.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mata lebam bos F1 jadi iklan

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
du_05.1.jpg


LONDON - Bos siri perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone yang berusia 80 tahun muncul dalam iklan jam tangan Hublot dengan menampilkan mata kanannya yang lebam, lapor sebuah akhbar semalam.

Matanya menjadi lebam selepas dia diserang dalam satu kes rompakan melibatkan empat lelaki di luar pejabatnya di sini pada bulan lalu manakala jam tangan Hublot bernilai £200,000 (RM992,559) itu turut dilarikan.

Dalam serangan itu, perompak tersebut juga merampas barangan kemas milik kekasih Ecclestone, Fabiana Flosi.

Bos perlumbaan itu yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai £2 bilion (RM9.92 bilion) telah ditendang oleh perompak berkenaan.

Namun, Ecclestone menghubungi pihak pengurusan jenama jam tangan rasmi untuk F1, Hublot dan mencadangkan supaya gambar matanya yang lebam digunakan dalam poster iklan jam tangan itu.

"Saya menghubungi mereka dan mencadangkan ini (matanya yang lebam) sebagai peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza," katanya.

"Saya memahami terdapat orang yang mahu merompak saya kerana mereka miskin. Mereka mahu sesuatu untuk diberikan kepada anak mereka ekoran sambutan Krismas yang akan datang. Namun, apa yang mereka lakukan itu tidak wajar," tambahnya.


Iklan itu mempunyai barisan ayat yang bermaksud terdapat orang yang sanggup melakukan keganasan untuk mendapatkan jam tangan Hublot. - Agensi


cool gile ayat die warna biru tu..hehehe:D

gambar negok sini : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
 
Last edited:
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
hebat org kaya ni

kalau dia mai msia aku sanggop sembang semeja dengan dia........

ni pic dia

du_05.1.jpg
 
Last edited:

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
mcm mata lebam ahmad nisfu kena tumbuk dlm filem Pendekar Bujang Lapok:)
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
sapo rajin mintak UP gambo...ako xleh nak up..pokobaket kene blok..hehe
 

mint

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
perghh..

ayat dia aku tak pernah dgr waktu rumah VIP di malaysia kena rompak dulu..

klau dia ni Islam, alangkah bagusnya..mungkin akhlak dia akan menjadi lebih mulia daripada sebelum Islam.. :)
 

epicLOL!

Fun Poster
Joined
Sep 19, 2010
Messages
834
Reaction score
4
Points
15
dier da kaya sangat,setakat jam yang x sampai 1j tu dier x kisah,
kira halal je bgi dier..tpi bagus gak dier faham masalah org miskin,
bukan nye mcm pemimpin kita.yg kaya makin kaya.yg miskin sebaliknye
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
bila dh masuk iklan ni tak kan tak dpt byrn royalti dr syrkt pengeluar jam hublot? takkan free2 je masuk iklan..hehe
 

akanopiat

Permanently Banned -, Spamming in Private Message
Joined
Jan 1, 2009
Messages
1,677
Reaction score
64
Points
30
wayang je dia ni.. bisnessman katakan.. pakar cari lubang..
 

snipers

Active Member
Joined
Oct 25, 2007
Messages
1,474
Reaction score
15
Points
25
hebat org kaya ni

kalau dia mai msia aku sanggop sembang semeja dengan dia........

ni pic dia

du_05.1.jpg

Kau sanggup ?... persoalan nyer. dia tu sanggu ker tak?. nak sembang pasal apa yer?.. buy or sell GBP/USD?.

Last2 dia sound. "Aku pakai EA"
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register