BTC USD 23,435.0 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Mat Sabu hanya umum langkah import telur, bukan turun harga'

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,703
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,703
Reaction score
26,794
Points
2,836
Awards
2

Tak masuk akal nak import telur​



GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Kuala Lumpur: Mengimport bekalan telur ayam dari negara luar bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kekurangan sumber protein itu.

Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.

Katanya, sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.

"Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi," katanya yang dipetik FMT Bussines.

Ameer berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Dalam pada itu, Ameer berkata, sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, pihak berkenaan perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

"Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah.

"Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini.

"Harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

"Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji.

Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis itu dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.

"Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3," katanya.

Disiarkan pada: Disember 8, 2022 @ 2:54pm


Cerdik lagi Mydin dari Menteri Pertanian yang baru ni
 

zari83

Super Active Member
gem
Messages
5,837
Joined
Nov 24, 2011
Messages
5,837
Reaction score
1,284
Points
151
Idrus berkata, keputusan kementerian untuk mendapatkan telur dari luar negara akan menjejaskan penternak.

"Kita mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan telur dan ayam. Harga siling dan subsidi adalah bebanan kami.

---------

tiba2 ada kapasiti utk penuhi permintaan telur ayam.. dah tu selama ni ayam dia tak bertelur ke.. nampak dah permainan dia.. nak mintak naik harga..haha
 
Sponsored Post

Top
Log in Register