BTC USD 23,423.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Mat Sabu hanya umum langkah import telur, bukan turun harga'

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1
#BHNasional Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.
https://bit.ly/3HeEPGW

'Mat Sabu hanya umum langkah import telur, bukan turun harga'​


Disember 6, 2022 @ 4:24pm


Gambar hiasan


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

"Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar, bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.

"Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula selepas bekalan tempatan kembali stabil. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi," katanya dalam kenyataan hari ini.



Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah, hari ini.

Anwar berkata, langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan Mohamad hari ini, langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Ketua Setiausaha kementeriannya juga sudah diarah menilai kesan import terhadap industri telur ayam tempatan dan Agrobank akan mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini.

"Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Mengulas mengenai penggunaan telur ayam dalam pasaran tempatan, Mohamad berkata, telur ayam adalah makanan harian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar purata pengambilan 968 juta biji telur ayam sebulan.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1
ni semalam punya berita

Harga telur ayam lebih murah, diumum esok​


Disember 5, 2022 @ 5:17pm



PUTRAJAYA: Harga telur ayam yang lebih murah akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu bakal mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu serta mengarahkan beberapa langkah diambil terhadap isu bekalan telur yang dihadapi negara.



"Perincian mengenainya akan diumumkan beliau (Mohamad) pagi esok. Diharapkan harga telur yang akan diumumkan esok, lebih murah dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel demi memastikan bekalan cukup dan harga dikurangkan," katanya.


Hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengakui bahawa negara sedang berdepan masalah ketiadaan telur di pasaran ketika ini.

Katanya, ketiadaan stok itu mencetuskan keresahan kepada rakyat, selain merencatkan pertumbuhan ekonomi kerana banyak kegiatan perniagaan memerlukan bahan mentah itu.

Isu kekurangan bekalan telur ayam mula diperkatakan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila banyak kedai runcit dan pasar raya melaporkan kehabisan bekalan secara tiba-tiba.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan, tiada asas kukuh mengaitkan bekalan telur disorok dan kemudian dilambakkan kerana PRU15.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof, berkata bekalan telur masih belum stabil sepenuhnya, malah tinjauan dan pemeriksaan pihaknya mendapati beberapa negeri masih berdepan masalah bekalan.

Dalam perkembangan lain, Anwar menegur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang didakwa mempunyai monopoli terhadap import beras.

"Untuk berlaku adil, kita harus tahu kebenaran import (AP) beras ini bukan konsesi dan bukan dianugerahkan kepada beliau tetapi juga syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)," katanya.

Perdana Menteri berkata, BERNAS ketika itu dimiliki oleh Tan Sri Tan Boon Seng sebanyak 31 peratus dan turut dikuasai oleh syarikat milik Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Syed Mokhtar telah membeli BERNAS daripada Boon Seng sekitar RM800 juta dan RM400 juta daripada Shahidan.

"Jadi, beliau tentunya mempunyai tanggungan untuk membayar balik," katanya.

Tegasnya, kerajaan tidak akan mengizinkan pembolotan kekayaan oleh tokoh politik dengan begitu mudah, yang menghisap darah pesawah padi miskin.

"Sekarang tidak boleh bebankan Syed Mokhtar seorang sehingga kita dapat meneliti keuntungannya sama ada pulangan itu berpatutan," katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, Syed Mokhtar digesa untuk memberi peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin pada bulan ini dan RM50 juta daripada BERNAS mulai tahun hadapan.

"Saya hanya memberikan contoh ini kerana ini adalah tata kelola pentadbiran yang baik bukannya slogan Melayu atau Islam," katanya.


Harga telur ayam yang lebih murah akan diumumkan esok, tangani masalah bekalan dan kebergantungan kepada kartel. - Foto hiasan
Harga telur ayam yang lebih murah akan diumumkan esok, tangani masalah bekalan dan kebergantungan kepada kartel. - Foto hiasan
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1
Ini pelan jangka pendek untuk tampung keperluan bekalan telur negara, maklum Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu. https://cstu.io/1e5948

1670318872217.png


Mat Sabu: K'jaan akan import telur atasi isu bekalan

Diterbitkan: Dec 6, 2022 4:50 PM

Dikemaskini: 5:24 PM



Kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

“Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Segala protokol dan tatacara ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.

“Kementerian menyedari keperluan bekalan telur ayam merupakan makanan seharian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan,” katanya.


3d2f137b916b671619cf5b2c11af486b.jpg





Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup termasuk mengurangkan harga telur ayam.




Mohamad berkata inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah bertujuan menekan pengusaha industri telur ayam tempatan sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus selain kebajikan rakyat terus terjaga.


47cf891c0eefea14fbacdfb35eabc03c.jpg





Beliau berkata keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan kembali stabil selain meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Haslina Abdul Hamid untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada.

Selain itu, Mohamad berkata Agrobank juga diminta untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri.

“Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif.

“Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.
- Bernama
 
Sponsored Post

Top
Log in Register