BTC USD 26,311.6 Gold USD 1,941.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat Sabu bohong isu tempahan dewan Maeps, kata setpol Sanusi

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,558
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,558
Reaction score
22,516
Points
2,866
Awards
1

Mat Sabu bohong isu tempahan dewan Maeps, kata setpol Sanusi​

Hilmi Abd Wahab berkata, pihak katering dan pengurusan Maeps sudah bersetuju menyewa dewan itu dengan bayaran RM70,000.

Hilmi Abd Wahab mendakwa Mohamad Sabu berbohong bahawa kementeriannya tidak pernah mengarahkan sewaan dewan Maeps bagi program itu dibatalkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pembantu menteri besar Kedah mendakwa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berbohong mengenai kelulusan program berbuka puasa anak Kedah bersama Sanusi Md Nor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

Hilmi Abd Wahab berkata, kenyataan Mohamad bahawa kementeriannya tidak pernah memberi arahan untuk membatalkan sewaan dewan Maeps bagi program itu adalah pembohongan.



Ini kerana katanya, pihaknya bersama syarikat katering dan pengurusan Maeps pada 23 Mac lalu bersetuju menyewa dewan itu dengan bayaran RM70,000.



“Bagaimanapun, pada 29 Mac, saya menerima kiriman WhatsApp daripada pihak katering bahawa kementerian menghubungi pengurusan Maeps dan tidak membenarkan premis di Maeps disewa untuk majlis itu.




“Alasannya kerana gambar menteri besar ada dalam poster majlis dan beliau dijadualkan menghadiri majlis tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Sanusi dilaporkan mendakwa majlis berbuka puasa anjuran pihaknya “diganggu” selepas dilarang menyertai acara anjuran kerajaan pusat.

Katanya, kelulusan lokasi majlis berbuka puasa anak Kedah bersamanya di Maeps, Serdang, dijadualkan pada 9 April ini ditarik balik.

Bagaimanapun, Mohamad semalam dilaporkan hairan dengan dakwaan Sanusi program anjurannya di Maeps dibatalkan sedangkan tempahan belum diluluskan.

“Saya pelik juga dengan dakwaan menteri besar Kedah itu sedangkan pengurusan dewan Maeps belum mengeluarkan apa-apa surat persetujuan menerima tempahan tersebut,” katanya.



Beliau turut mempersoalkan bagaimana Sanusi dan PAS boleh menyebarkan poster majlis berbuka puasa anak Kedah di perantauan bersama menteri besar itu sebelum lokasinya disahkan.
 
Siaran Media

Pihak MARDI CORPORATION SDN. BHD. selaku Pihak Pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) ingin mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPTM) pada 30hb Mac 2023 bahawa pihak MAEPS belum mengeluarkan Sebutharga atau Surat Setuju Terima kepada pihak penganjur “Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah Di Perantauan” adalah tepat dan benar.

Sehubungan itu pihak MAEPS memandang serius dakwaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan nama MAEPS untuk kepentingan pihak terlibat.

Sekian, terima kasih

MARDI CORPORATION SDN.BHD.
Pengurusan MAEPS
31 Mac 2023

#mardicorp #maepsserdang #MAFS #betterMARDI
FB_IMG_1680279477536.jpg

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,558
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,558
Reaction score
22,516
Points
2,866
Awards
1
asal cerita

1.
dari Sanusi

Muhammad Sanusi Md Nor

1h ·

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Kedah di Perantauan - Ahad, 9 April 2023.
Kelulusan Dewan A MAEPS, Serdang, Selangor di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan pulak ditarik balik.
Kami nak buat majlis berbuka puasa saja pun, dewan tu pun Kerajaan Negeri Kedah akan bayaq sewa, awat laa jadi sampai lagu tuuu. Kedah ni kan menghasilkan 43% beras untuk negara ini...
1f633.png
1f629.png
1f637.png
1f602.png

Tak paaaa, tak gaduh kalut-kalut kelam kelibut. Program akan diteruskan seperti dirancang. Lokasi terkini akan dimaklumkan segera... Kolompo jugak laaa...
Hangpa mai bagi ghamai nooohh...
1f914.png
1fae2.png
1f605.png
1f923.png
1f923.png

"If you panaih please don't koyakk..."



2.

dari Mat Sabu

0bab7d645dc3998acc5baef6d671a38a.jpg


Mat Sabu jawab Sanusi: If tak pasti don't kongsi

Diterbitkan: Mar 30, 2023 10:03 PM

Dikemaskini: 10:03 PM



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu malam ini berasa "pelik" dengan dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengenai sewaan dewan untuk majlis berbuka puasa.

Kata Mohamad bagaimana Sanusi boleh mendakwa sewaan yang dibuat pemimpin PAS terbabit dibatalkan ketika belum ada sebarang pengesahan mengenainya dikeluarkan.

Menurut Mohamad pihak pengurusan dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang belum mengeluarkan sebarang surat persetujuan menerima tempahan berkenaan.

"Sebut harga pun belum keluar," tambah presiden Amanah itu.




Sanusi pada hari ini mendakwa dia terus dihalang oleh kerajaan untuk mengadakan program selepas rancangan mengadakan majlis berbuka puasa dengan anak Kedah di perantauan pada 9 April ini ditarik balik.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu mendakwa dia disekat daripada menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (Lima) di Langkawi.

Kata Mohamad dia juga musykil bagaimana Sanusi dan PAS boleh menyebarkan poster mengenai majlis berbuka puasa berkenaan sebelum lokasinya disahkan.

"Biasanya kalau dah pasti baru kongsi," kata Mohamad.


ddb07418bf8df825f4f7daad339e32cc.jpg
Muhammad Sanusi Md Nor




Sebenarnya tambah ahli parlimen Kota Raja itu, tiada masalah untuk Sanusi mengadakan program tersebut di MAEPS jika ia berlangsung seperti didijadualkan.

"Oleh kerana YAB (Sanusi) dah kata program Anak Kedah akan dibuat di tempat lain, kami kira tak jadilah noo.
If tak pasti, please don’t kongsi,” cuit Mohamad.


Kalau dakwaan benar
Sementara itu Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat surat rasmi atau pekeliling yang melarang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri sebarang acara rasmi kerajaan persekutuan.

“Saya tidak pernah mendengar adanya arahan untuk beliau (tidak boleh) menghadiri mana-mana majlis rasmi anjuran kerajaan persekutuan, melainkan jika arahan itu dikeluarkan kepada beliau secara peribadi, saya tidak mengetahui mengenai perkara itu.

“Tiada (surat atau pekeliling).

“Kalau dakwaan itu benar, mungkin Menteri Besar Kedah boleh menyebarkan arahan atau pekeliling untuk (yang menyebut) melarang beliau menghadiri mana-mana majlis kerajaan Persekutuan,” katanya.

110f9d7d7dd2c89565fd83eede3f4ffa.jpg
Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid berkata demikian pada majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, di Muar hari ini.

Terdahulu dia ditanya pemberita mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini Muhammad Sanusi menerusi Facebook rasminya mendakwa dia dilarang menghadiri majlis rasmi kerajaan persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (Lima '23) pada 23 hingga 27 Mei ini.
 

orang2

Active+ Member
Messages
2,501
Joined
Aug 28, 2013
Messages
2,501
Reaction score
768
Points
81
oooo kena ajak eaaa.. nak kena ajak siapa tu? mat sabu kaaa? timb menteri kaa? pengarah maeips kaaa? siapa tuan rumah? haha
skrg ni kalau sewa dewan kena jemput tukang jaga sekali kalau tak mmg dia kencel walau bkn dewan bapak dia dan duit sewa dpt untung walaon...walanon
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,485
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
30,485
Reaction score
4,187
Points
261
Awards
1
Siaran Media

Pihak MARDI CORPORATION SDN. BHD. selaku Pihak Pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) ingin mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPTM) pada 30hb Mac 2023 bahawa pihak MAEPS belum mengeluarkan Sebutharga atau Surat Setuju Terima kepada pihak penganjur “Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah Di Perantauan” adalah tepat dan benar.

Sehubungan itu pihak MAEPS memandang serius dakwaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan nama MAEPS untuk kepentingan pihak terlibat.

Sekian, terima kasih

MARDI CORPORATION SDN.BHD.
Pengurusan MAEPS
31 Mac 2023

#mardicorp #maepsserdang #MAFS #betterMARDI
FB_IMG_1680279477536.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register