BTC USD 54,785.3 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat rempit tolak motosikal ramai-ramai ke balai polis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,677
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,677
Reaction score
6,407
Points
881
Awards
1
Mat rempit tolak motosikal ramai-ramai ke balai polis

Oleh Nur Izzati Mohamad


Puluhan mat rempit yang ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan dikerahkan menolak motosikal mereka dari Plaza Tol Bagan Ajam ke Balai Polis Butterworth. FOTO Ihsan PDRM

Butterworth: Puluhan mat rempit diarah menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Bagan Ajam ke Balai Polis Butterworth selepas ditahan kerana menunggang motosikal secara bahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad, berkata dalam operasi sebanyak 48 motosikal disita manakala 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi bermula jam 5 petang itu membabitkan 34 anggota polis dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPDT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK )Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) negeri.

"Sebanyak 67 motosikal diperiksa dan 48 daripadanya disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya sentiasa komited membanteras aktiviti samseng jalanan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya.

Minggu lalu, media melaporkan sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di BORR Bagan Ajam, di sini hingga video memaparkan perbuatan mereka tular di media sosial.

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi mengelak diri dari ditahan polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan berhampiran plaza tol dekat BORR terbabit.

Disiarkan pada: August 12, 2024 @ 2:29pm

 
Sponsored Post

aku dulu pernah kena tolok motor ramai2 sebab salah masa,salah tempat dan salah hari,
balik keje jam 11mlm, pastu 12mlm g uptown cheras nak beli barang, balik je kena tahan roadblok,sebabnya aku jalan seiring dengan motor2 mat rempit, dah sampai balai mat2 rempit kena test urine,berjam2 kot tunggu sampai pagi ,bila dah sampai turun aku ni disuruh balik sbb xde gaya mat rempit pun,jam dah 6 pagi, 7 pagi nak masuk kerja pulak
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register