Mat rempit tak hormati azan Maghrib dibanteras

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


KUALA LUMPUR - Sekumpulan penunggang motosikal bukan sahaja tidak menghormati undang-undang malah tidak menghormati azan maghrib berkumandang apabila sanggup melakukan aksi rempit di sekitar ibu kota.

Dalam satu operasi yang diadakan sepasukan anggota dan pegawai Unit Penguat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur di sini, petang kelmarin, dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun ditahan selepas melakukan aksi `wheelie’ di Jalan Raja Laut, berhampiran Dataran Merdeka.

Ketua Unit Kuat Kuasa Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Ahmad Ridha Hariri berkata, dua remaja itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya.

"Sebanyak 46 motosikal disita selepas 250 motosikal diperiksa dalam operasi yang tamat jam 12 pagi.

"Dalam pada itu, sebanyak 114 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya," katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee.

Operasi yang bermula jam 4 petang itu dijalankan setelah menerima aduan orang awam mengenai samseng jalan raya yang menguasai ibu kota apabila malam.

Perlakuan remaja bermotosikal ini membimbangkan orang awam apabila mereka turut berlumba sesama sendiri, sekali gus membahayakan nyawa pengguna lain.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/mat-rempit-tak-hormati-azan-maghrib-dibanteras-1.148060
 
Sponsored Post

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
eloklah tukar panggilan jadi budak setan
 

muridmurid

Active+ Member
Joined
Nov 19, 2010
Messages
4,463
Reaction score
67
Points
30
ingatkan biadap dgn manusia je
dgn suara azan pun tak hormat
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Lahanat punya mat rempit..ko ingat jalan raya tu mak bapak ko yg punya ker?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,714
Reaction score
21,090
Points
1,671
budak2 yg pg masjid maghrib isyak tu pun merempit jugak..abis solat dgn kain pelikat die wt superman

kt tempat ak dulu ada kes pakai kain pelikat accident, terseret hilang k0te dgn buah2nye sekali
 

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
X patut budak2 skrg ni
 

MVIP-18

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2011
Messages
252
Reaction score
0
Points
10
Mat rempit..mat rempit..hati kau keras.
 

faridsylar

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2008
Messages
3,091
Reaction score
27
Points
30
mat rempit ni kebanyakannya budak2 UMNO PEKIDA 77 BN bahahaha no wonder la hati gelap... baler2....
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
musti bebudak Melayu Islam nie .. #:-S#:-S#:-S


apa nak jadi ler ngan depa2 nie .. mak bapak depa tak tau ka .. atau tak amik kisah langsung kek anak2 depa nie ..


kekadang menyirap jer darah nie .. bukan saja waktu maghrib .. malah setiap masa depa merempit tak tentu hala .. siap kasik buat bising lagik depan masjid kek sini ..


#:-S#:-S#:-S​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register