BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat lalok bakar rumah pusaka

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
gila_copy.transformed.jpg


Kuala Terengganu: Seorang lelaki bertindak gila apabila membakar rumah pusaka keluarganya di Kampung Titian Baru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi, suspek berusia 34 tahun bertindak sedemikian selepas dikatakan mengambil cecair methadone yang dicampur dengan dadah jenis pil kuda.

Suspek yang juga anak kedua daripada lima beradik itu dikatakan mengamuk dan mengancam ibunya berusia 58 tahun dengan kayu sebelum bertindak membakar ruang tamu rumah pusaka.

Kejadian itu menyebabkan ahli keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas keseluruhan rumah pusaka berusia 27 tahun musnah dalam kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Sementara itu, Majistret Noradila Ab Latif membenarkan suspek yang tidak bekerja itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4998#sthash.jZVoGqNf.dpuf
 
Back
Top
Log in Register