BTC USD 21,265.2 Gold USD 1,826.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mat Kilau Telan Kos RM8 Juta, Kutip RM11 Juta Lepas 4 Hari Tayang

Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
9,713
Joined
Jan 15, 2007
Messages
9,713
Reaction score
820
Points
121
merong? kru buat tu ke?
bajet berapa? untung berapa?
Betul...tapi dia lebih marketing..sampai negara luar pun tayang...bajet lebih kurang ni juga..2.2million usd
Tapi kutipan boleh tahan..6million usd..
 

reezn

Mutiple ID - Jedi
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
397
Points
41
Betul...tapi dia lebih marketing..sampai negara luar pun tayang...bajet lebih kurang ni juga..2.2million usd
Tapi kutipan boleh tahan..6million usd..

banyak juga tu usd 6 juta.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
108,375
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
108,375
Reaction score
17,396
Points
2,566
Awards
1
#BHhiburan Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof masuk pawagam mulai 23 Jun depan
https://bit.ly/3sGPP7U

'Siap selepas 15 tahun'​


Mei 18, 2022 @ 11:00am


Adi Putra menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau dan disokong pelakon hebat seperti Beto dan Fattah.
Adi Putra menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau dan disokong pelakon hebat seperti Beto dan Fattah.

KUALA LUMPUR: Bukan sedikit cabaran dihadapi dalam merealisasikan projek pembikinan filem yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, sejak kali pertama diumumkan pada 2007.

Berdepan pelbagai cabaran dan halangan sebaik penggambaran peringkat awal filem biografi epik itu bermula pada 2014 sebelum terhenti hingga bertukar pengarah, Mat Kilau di bawah garapan Syamsul Yusof, akhirnya menemui penonton di pawagam tempatan mulai 23 Jun depan.

Mengimbas kembali, penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara mendapatkan khidmat Syamsul yang menggarap semula jalan cerita asal dan memulakan penggambaran pada 2017.

Teruja berkongsi perkembangan terkini membabitkan filem garapannya, Syamsul menghebahkan butiran mengenai tayangan Mat Kilau di pawagam melalui hantaran Instagram (IG).




"Poster rasmi sudah dipamer dan dikongsi melalui media sosial sejak 13 Mei lalu.
"Insya-Allah, filem Mat Kilau akan menemui penonton di 90 pawagam di seluruh negara. Terima kasih kepada yang menyokong dan setia menanti kehadiran filem ini," katanya.

Filem Mat Kilau menelan belanja RM8 juta dan menjalani penggambaran selama 100 hari di Perak dan lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Filem itu mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan Mat Kilau dan diubah mengikut kesesuaian, bukan sepenuhnya kisah benar membabitkan pahlawan itu.

Syamsul yang mengambil alih projek filem Mat Kilau menggarap semula jalan cerita dan memulakan penggambaran pada 2017 sehingga selesai.
Syamsul yang mengambil alih projek filem Mat Kilau menggarap semula jalan cerita dan memulakan penggambaran pada 2017 sehingga selesai.

Sementara itu, penerbit, Shahruddin Dali, berkata pihaknya berharap filem Mat Kilau dapat menghiburkan penonton.
"Filem arahan Syamsul ini akan membawa kita kembali ke zaman itu dengan merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sejarah yang sangat memberi inspirasi," katanya.

Shahruddin berkata, apa yang dipaparkan bertujuan berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan Melayu dalam menyelamatkan tanah air kepada generasi sekarang.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Filem itu disokong bintang hebat termasuk Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As'ari (Yassin).

Shahruddin berkata, filem Mat Kilau menyingkap kisah pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat lain dalam menentang penjajahan British.

Filem Mat Kilau dibikin dalam suasana 1892 ketika kolonial British menduduki tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadapan British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabatnya bangkit menentang British.
Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan menyebabkan British mengalami tekanan dan kerugian hingga berlakunya pertempuran sengit.

Turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan yang memegang watak Haji Muhammad, Datuk Rahim Razali (Imam Bottoqh),
Namron (Haji Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (ibu Yassin)

Menampilkan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.


 

reezn

Mutiple ID - Jedi
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
397
Points
41
ye la tu syamsul. whatever. kekeke
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
362,770
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
362,770
Reaction score
21,634
Points
2,836
Awards
1
FB_IMG_1655983776564.jpg

Ulasan lepas tonton Mat Kilau (tanpa ayat teknikal filem. Buat bacaan orang marhain):

Coution:
1. Kalau dah lama tak masuk cinema dan terbiasa layan Netflix, pastikan ke toilet dulu dan jgn banyak minum air. Kau tak boleh nak pause or rewind utk toilet break. Kalau miss satu babak, rugi.

2. Jangan miss babak pertama filem. Sangat menyayat hati dan bakar emosi. Juga babak pertengahan yang memang benar2 rasa benci dengan penjajah Inggeris.

3. Bila masuk hall, buang ketepi harapan nak bandingkan dengan filem aksi pertempuran seperti Bruce Lee, Jet Li, Jackie Chan, Donnie Yen apa lagi Tony Jaa. Ia macam ke stadium harap Malaysia main macam Brazil. Mana maunya yob.

4. Filem ni bajet RM8 juta je. That amount tak cukup nak buat wonders. Just support untuk kita lihat lebih baik lagi dimasa depan.

5. Jangan ambil seat depan. Seat terbaik ialah paling belakang hingga tengah. Tak daya mata nak follow pergerakan kiri ke kanan kalau duduk depan sebab terlalu banyak aksi.

Bagus:

1. Sarat dengan mesej perjuangan dan keagamaan. Banyak petikan surah Al Quran untuk naikkan semangat menentang penjajah. Berkisar kepada penyatuan ummah dan bangsa. Lagi bagus dengar dialog filem ni dari ustaz2 youtube yang asyik tuduh orang lain salah.

2. Sarat dengan aksi2 silat yang mampu menaikkan semangat anak muda untuk menuntut ilmu silat dan mengamalkanya bersama dengan ilmu agama.

3. Pada saya, Beto Kusyairi adalah 'man of the match' dalam filem ini. Dia main dengan sepenuh hati menggunakan emosi dari dialog dan muka. Babak menyayat hati dari dia mampu bangkitkan emosi penonton. Silap2 mau ada yang hentak arm rest atau tumbuk kepala orang depan. Beto adalah midfield dalam filem ini. Tapi kalau Johan diberikan watak lebih penting dengan dialog lebih emosional, filem ni akan ada 2 midfielder dgn Johan sbg DM.

4. Fatah Amin sejak dulu saya tak suka dia berlakon. Tapi dalam filem ni dia benar2 in-character dan jumpa posisi sebenar dan sesuai untuknya. Selayaknya dialah pegang watak Mat Kilau. Seni silatnya pun agak smooth banding dengan yang lain2. Dialognya pun tak lembik sebaliknya, ada ketika boleh buat marah, ada ketika boleh naikkan semangat penonton. Dia berjaya hingga disetiap babak lawan, tercari2 mana dia...

5. Jalan cerita yang simple tak payah pening2 nak fikir.

6. Tak ada adegan cintan cintun bawah pokok ketapang atau tepi sungai. Straight to the point dan kena sentiasa bersedia untuk aksi demi aksi.

7. Geoff berjaya mainkan wataknya sebagai Kapten Syers hingga membuatkan penonton tak sabar tunggu dia dibunuh. Tapi dialog2 dia sangat sinis dan mencabar. Celaka dia ni...hahaha

Downside (ikhlas untuk kebaikan):

1. Pergerakan silat yang kurang smooth kecuali oleh Yayan dan Fatah Amin. Mungkin akibat terlalu banyak scene cut. Sepatutnya director boleh gunakan teknik2 camera trick. Pergerakan Adi Putra ketara sangat keras terutama bab main kaki dan melompat.

2. Adi Putra tak sesuai untuk watak peneraju kerana saiz badannya yang dah tak flexible. Tapi kelebihan dia ialah mimik muka. Dialog juga tak berapa natural untui filem periodic

3. Camera gagal mainkan peranan untuk scene tempur. Banyak teknologi boleh digunakan tapi itulah, sebab bajet kecil.

4. Prop sangat minimal, dah macam lakonan semula filem documentari atau filem pendidikan. Tapi jangan compare dengan prop Ip Man atau Band of Brothers. Mungkin sebab ini sentuhan pertama Syamsul dalam pembuatan filem periodic ditambah dengan bajet kecil untuk nak sediakan prop yang lebih realistic.

5. Penyampaian dialog masih terperangkap dalam suasana filem moden. Tapi boleh dipertingkatkan jika buat latihan lebih lama lagi. Selain Beto dan Johan Ashari (di awal kemunculan dia), lain2 perlu improvise lagi.

6. Coloring memang lemah. Mungkin sebab bajet.

7. Dialog mantap tapi penyampaiannya saya tak puas. Mungkin orang lain ok, tidak pada saya.

Keseluruhan:

Filem yang bagus untuk ditonton. Sarat dengan nasihat, panduan dan aksi. Abaikan bab teknik, tapi tumpu kepada penceritaan dan pengisian. Sebuah filem yang baik. Ada dialog yang sound direct kepada kita semua yang hidup hari ini. Dialog terbaik ialah "Kekuatan orang Melayu bukan terletak kepada senjatanya, tetapi kekuatan orang Melayu terletak kepada ketakwaannya kepada Allah" (lebih kurang). Mampu menaikkan emosi penonton terutama dibabak awal dan serangan askar British ke rumah Wahid. Ikut logic, kenapa rumah Wahid diserang padahal Wahid tak terlibat dalam rampasan senjata?. Tapi nama pun filem, elemen logic simpan tepi kejap.

Harap kalau filem ini berjaya box office, lebih ramai lagi pelabur berani melabur dalam filem sebegini untuk kembangkan watak Wahid dan Awang pula atau filem2 perjuangan/sejarah yang lain. Mungin filem Tok Janggut (Kelantan) atau Sutan Puasa (Kuala Lumpur).

Last sekali, hampir semua skuad Gerak Khas ada dlm filem ni.

Rating saya: 9/10. Boleh jadikan filem wajib setiap 31 Ogos.

Zack Rahim
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register