BTC USD 56,962.5 Gold USD 1,788.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat Masih Tidak Serik Dengan Gimik Jualan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gimik jualan melalui 'gores dan menang' dan 'buka dan menang' ialah taktik paling biasa digunakan untuk memperdaya pengguna.

Oleh itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Bahagian Penguatkuasaannya mengambil tindakan melancarkan 'Ops Gores', Januari tahun ini, yang bukan sahaja melaksanakan penguatkuasaan, tetapi menggabungkan unsur pendidikan dan kempen kesedaran kepada pengguna.

Dalam aspek kempen kesedaran, kementerian ini turut melibatkan peranan media, Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyampaikan tentang keburukan aktiviti 'gores dan menang' kepada pengguna.

Risalah juga diedarkan kepada orang ramai, mengingatkan mereka mengenai taktik jualan ini.

"Dalam hubungan ini kami meminta pihak pasar raya supaya menghebahkan dalam PA sistem masing-masing tentang aktiviti gores dan menang dan menasihati orang ramai agar menjauhi ejen dan ulat 'gores dan menang' ini", kata Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa kementerian itu, Mohd Roslan Mahayudin.

Seandainya ejen dan ulat 'gores dan menang' masih berkeliaran di premis, pihak pasar raya boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa kementerian untuk mengambil tindakan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register