BTC USD 48,169.7 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masyarakat cina yang tidak mahu mengasimilisasikan diri mereka di bumi Malaysia

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
Perkauman yang diinstitusikan, kata seorang penulis dan pengasas kumpulan pemikir Chandran Nair, akan melumpuhkan negara. Justeru dia menggesa orang Melayu - khususnya golongan muda - tampil bersuara menyatakan penolakan mereka terhadap ideologi berasaskan kaum. Membandingkan fahaman itu dengan penyokong ketuanan kulit putih, dia berpendapat kumpulan elit politik Melayu dan mereka dari kaum lain memanfaatkan dasar pecah-belah itu untuk mendapatkan keistimewaan ekonomi.

"Amalan disokong kerajaan ini dipimpin oleh elit Melayu, bukannya Melayu biasa," katanya kepada Malaysiakini.

Demi kepentingan diri, kata Chandran, penghasut terbabit menabur benih ketidakpuasan hati, ketakutan, dan permusuhan terhadap orang lain dalam kalangan orang Melayu yang tidak berdosa.

"Perbandingan langsung dapat dibuat dengan ketuanan kulit putih dengan contoh terbaru di AS ialah Donald Trump. Dia mendedahkan betapa meluasnya fahaman ketuanan kulit putih di negara itu. Mereka menggunakan orang kulit putih yang miskin untuk menyokong dasar perkauman mereka terhadap orang kulit hitam, Hispanik dan orang Cina. Taktik inilah yang digunakan oleh ahli politik perkauman di Malaysia, ”tambahnya.

Chandran berkata, keadaan di Malaysia lebih mengerikan apabila perkauman yang diinstitusikan menguasai sektor-sektor penting seperti pendidikan dan ekonomi.


Melayu Turut Akan Terkesan

Dia berkata kerajaan - sebagai instrumen perkauman yang diinstitusikan - bertanggung jawab untuk memecah-belahkan Malaysia.

"Tindakan afirmatif dalam pendidikan yang menyasarkan orang Melayu luar bandar yang kurang bernasib baik perlu diperluaskan kepada orang Cina dan India yang miskin. Tidak perlu dirombak (sistem yang ada). Sistem ini juga memberi pelbagai kelebihan ekonomi kepada orang Melayu dengan sesetengahnya memang diperlukan, namun ia perlu diuruskan dengan baik agar tidak dieksploitasi oleh Melayu kaya dalam bidang seperti pemilikan rumah, pinjaman, dana pelaburan dan lain-lain. Tidak ada negara lain yang melakukan hal ini berdasarkan kaum, ”tambahnya.

Chandran - yang bercadang menubuhkan Institut Antiperkauman Malaysia (Mari) untuk mengatasi masalah itu - berkata orang Melayu mesti menyatakan pendirian kerana dalam jangka masa panjang, mereka juga akan turut menerima kesan buruknya.

"Kebenaran yang menyedihkan dari dasar perkauman yang kuat ini ialah, orang seperti saya tidak akan dapat mengubah keadaan kerana saya bukan Melayu.

ada47dfea5568cd7f5e8d46b00c8d148.jpg
Chandran Nair

"Saya bolehlah bercakap mengenainya, saya dapat mengelolakan Mari, dan diharapkan dapat menyumbang beberapa idea yang membina. Tetapi yang boleh membuat perubahan ialah orang Melayu dan kita mesti 'merayu' kepada mereka. Saya merayu kepada orang muda Melayu, Melayu kelas pertengahan, untuk mengambil sikap dan mengatakan ini salah dan tidak ada bezanya dengan dasar ketuanan kulit putih di AS yang didiamkan dan pada masa sama namun menikmati pelbagai keistimewaan yang tidak dihulurkan kepada orang kulit hitam. Ketuanan kulit putih bukan hanya Trump dan Ku Klux Klan - itulah hakikatnya. Ketuanan kulit putih adalah orang kulit putih kelas pertengahan yang hidup dengan perkauman sistemik dan berdiam diri untuk mengetepikan orang lain.

c87720fd0038f9ec18e54f3a9156748d.jpg

“Rasional yang sama perlu difahami dengan baik oleh orang Melayu yang mungkin tidak mahu mengakui bahawa mereka adalah penerima sistem perkauman. Seruan saya kepada orang Melayu kelas menengah ialah mereka bangkit dan mengakui bahawa mereka adalah penerima manfaat daripada salah satu sistem paling rasis di dunia. Sekiranya anda bersetuju, anda boleh menjadi sebahagian daripada proses pembaharuan Malaysia. Saya berharap usaha Mari akan memberi kekuatan kepada mereka yang berdiam untuk bersuara menyatakan mereka tidak setuju dengan perkauman sesama rakyat Malaysia. Mereka perlu menolak keistimewaan yang tidak wajar, termasuk biasiswa untuk anak-anak yang tidak memerlukan atau tidak layak mendapatkannya. Ia merampas hak orang miskin Melayu, Cina dan India," tambahnya.


Perkauman Yang Di Institusikan

Selama beberapa dekad, Chandran berkata, dia mempertahankan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) daripada pengkritik kerana percaya tindakan afirmatif perlu untuk orang Melayu. Dia juga berasakan perkauman di negara ini tidak begitu parah berbanding dengan negara lain di dunia. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini dia mulai memahami bahawa mereka yang berkuasa tidak lagi menggunakan DEB untuk membantu orang Melayu miskin sebaliknya hanya memperkaya diri sendiri.

“Lebih penting lagi, segmen lebih besar masyarakat Melayu kini semakin mundur. Mereka mengembangkan pemikiran rasis dan ini adalah langkah ke belakang. Kaum lain juga akan melakukan perkara yang sama. Trend berbahaya ini dilakukan oleh ahli politik elit Melayu," tambahnya lagi.

Bimbang dengan keadaan itu, Chandran yang berulang-alik dari Malaysia dan Hong Kong sebagai tempat dia bertapak - mula menghabiskan lebih banyak masa di Kuala Lumpur.

cca2ef8ade3c53e601d7bdf43bd0e5ae.jpg

Dia kemudian menyaksikan "runtuhnya sistem nilai yang meluas malah kedaulatan undang-undang serta peningkatan kebimbangan kalangan komuniti perniagaan dan pihak lain mengenai apa yang dilihat sebagai kelemahan pelbagai segmen dalam kerajaan. Pada pandangan saya, semua ini berpunca daripada perkauman yang diinstitusikan. Tujuan utamanya ialah untuk membenarkan penjarahan besar-besaran. 1MDB menjadi bukti. Kerosakan institusi, ketiadaan meritokrasi, dan keruntuhan sistem pendidikan berakar pada dasar berasaskan kaum,” tambahnya.


Perlu Mulakan Diskusi

Chandran percaya bahawa seseorang boleh menggunakan pendekatan serampang dua mata dengan menangani masalah itu bukan dari perspektif kaum semata-mata.

"Pada dasarnya, dasar ini dipimpin Melayu elit dalam politik dan perniagaan, walaupun memang ada pengecualian. Orang politik mencipta sistem Ali Baba menjadikan sebahagian besar ekonomi kita dikuasai oleh kelompok rent seeking (orang tamak haloba). Mereka ada pembantu masing-masing termasuk kalangan orang Cina dan India yang kaya. Begitulah sistemnya berfungsi. Tetapi pemangsa utama ialah orang Melayu elit. Oleh itu, saya rasa kita perlu memulakan perbincangan agar orang Melayu faham bahawa cabaran ini tidak menyasarkan mereka sebagai suatu bangsa . Sebaliknya, ini adalah mengenai golongan elit Melayu yang memperlekehkan rakyat sendiri dan mengeksploitasi mereka seperti yang dilakukan golongan ketuanan kulit putih. Saya percaya orang Melayu akan lebih sedar dan akan menerima seruan tersebut, justeru ia perlukan bekerjasama melepasi sempadan politik, ”tambahnya.

Chandran juga mengingatkan agar orang bukan Melayu tidak perlu bimbang untuk bercakap mengenai isu itu kerana mereka yang berkuasa akan terus berdiam diri. Katanya mereka perlu difahamkan bahawa penyelewengan itu turut berleluasa dalam masyarakat mereka dan ia tidak akan dapat dijelaskan dengan alasan seperti "kita juga perlu hidup".

“Kita perlu menolak identiti berdasarkan kaum sebagai sebahagian daripada proses ini. Saya orang Malaysia dan tiada yang boleh memberitahu saya bahawa saya tidak ada hak yang sama. Dan tak ada orang Malaysia yang perlu takut untuk membicarakan sesuatu isu hanya kerana latar belakang kaum mereka. Sistem ini boleh mendiskriminasi tetapi itu adalah fungsi daripada kelemahan negara dan ketakutan para pemimpinnya untuk mengetepikan keistimewaan mereka yang diterima berasaskan fakto kaum walaupun ia tidak berhak diterima. Itu tidak menjadikan amalan ini betul dan negara tidak boleh membuat mana-mana warganegaranya berasa mereka tidak setara kerana kaum," tambahnya.

16beb98af348031a87c9bd583bcf02ba.jpeg

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/573871
Xkena klau buat perbandingan kt amerika, org kulit putih sana tu depa yg jajah tempat org hbs di bantai pribumi, Malaysia nie ada tuan tanah dia knp xboleh bercakap soal tanah sendiri....ckp ja soal tanah sendiri hbs dia cop rasict......klau duk india, china, jepun ka pastu nk ikut style kepala kt xmau hormat negara asal agak2 apa jadi ngn org luar tu.....
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
selagi tiada kesamarataan kaum selagi tu perpaduan hanyalah pemanis mulut sahaja di negara ni. kalau 1 kaum dapat lebih dari yang lain (lagi2 tanpa perlu berusaha apa2 pun tetap dapat), maka ketidakpuasan hati akan sentiasa ada. apa malaysia dah capai sebelum ni memang hebat bila pelbagai kaum boleh bersatu walaupun hak setiap kaum berbeza. namun mungkin generasi muda zaman sekarang lebih agresif dalam menuntut hak yg sama lantas nampak perpaduan kaum semakin pudar dan sukar. ye lah takkan diorang nak ikut apa yg tok nenek moyang diorang dulu persetujui. zaman dah berubah. saya percaya kerajaan sekarang & akan datang akan hadapi tekanan lebih kuat tentang isu ni. last2 mungkin ikut singapore, based on meritokrasi (siapa bagus dia layak).
Xsukar klau fhm sejarah asal usul....nie asal usul xmau ngaku....xsedar di untung
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,256
Reaction score
1,662
Points
111
Nak sembang hak samarata, boleh la sembang sambil minum teh halia petang-petang.

Kalau betul nak hak samarata selevel dengan bangsa melayu, cuba la pergi tuntut kat Sultan, tengok Sultan bagi ke tak.....hehehe
 

Aliff.Iskandar

Fun Poster
Joined
Sep 7, 2020
Messages
222
Reaction score
46
Points
30
selagi tiada kesamarataan kaum selagi tu perpaduan hanyalah pemanis mulut sahaja di negara ni. kalau 1 kaum dapat lebih dari yang lain (lagi2 tanpa perlu berusaha apa2 pun tetap dapat), maka ketidakpuasan hati akan sentiasa ada. apa malaysia dah capai sebelum ni memang hebat bila pelbagai kaum boleh bersatu walaupun hak setiap kaum berbeza. namun mungkin generasi muda zaman sekarang lebih agresif dalam menuntut hak yg sama lantas nampak perpaduan kaum semakin pudar dan sukar. ye lah takkan diorang nak ikut apa yg tok nenek moyang diorang dulu persetujui. zaman dah berubah. saya percaya kerajaan sekarang & akan datang akan hadapi tekanan lebih kuat tentang isu ni. last2 mungkin ikut singapore, based on meritokrasi (siapa bagus dia layak).
Nak hak samarata, tapi tak nak hapuskan sekolah jenis kebangsaan
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,142
Reaction score
1,394
Points
201
selagi ada bulan dan bintang.. jgn diberi hak sama rata... mereka ttp pendatang.. lihat brunei.. walau negara x maju.. tp tenang dan aman. rakyat pun berpendapatan tinggi... kes covid lsg cam dah x wujud kt sane..
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
selagi ada bulan dan bintang.. jgn diberi hak sama rata... mereka ttp pendatang.. lihat brunei.. walau negara x maju.. tp tenang dan aman. rakyat pun berpendapatan tinggi... kes covid lsg cam dah x wujud kt sane..
Minorki penuh sana....sapa xikut siap la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register