- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Kegelisahan seorang ibu untuk mendaftarkan anaknya menyertai program berkhatan beramai-ramai menjadi petanda awal malang akan menimpanya.
Anaknya, Mohd Farhan Ishahak, 10, terpaksa dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut berikutan kesakitan melampau dialaminya dipercayai kesan berkhatan itu.
Kaedah berkhatan itu menggunakan alat tertentu yang disarungkan pada kemaluan.
Bapa kanak-kanak itu, Ishahak Mak, 40, berkata sehari selepas dikhatankan, Farhan mengadu sakit ketika hendak membuang air kecil, tetapi dia menyangka ia perkara biasa dialami kanak-kanak yang mengalami proses terbabit.
Dia dan isterinya, Umi Kalsom Ahmad, 37, kemudian cemas apabila mendengar anak sulung mereka itu meraung kesakitan kerana tidak dapat membuang air kecil.
“Keadaannya bertambah teruk kerana sepanjang malam dia meraung dan menangis kesakitan apabila hendak membuang air kecil. Lebih mengejutkan kawasan sekitar bawah pusatnya menjadi kehitaman, selain buah zakar membengkak.
“Memikirkan kesakitannya akan berterusan sehingga ke pagi, dia dibawa ke klinik berhampiran. Bagaimanapun, apabila melihat keadaannya semakin teruk, kami mengambil keputusan membawanya ke PPUM.
“Sampai di situ, doktor bertanyakan mengenai alat yang disarungkan pada kemaluan Farhan. Saya menjelaskan anak saya baru dikhatankan,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.
Menurutnya, doktor terbabit memberitahu, anaknya perlu menjalani pembedahan bagi menghalang jangkitan akibat penggunaan alat itu.
“Esoknya Farhan menjalani pembedahan, namun sehingga kini keadaannya tidak stabil dan terpaksa bernafas melalui alat bantuan pernafasan selepas dibius bagi mengurangkan kesakitan dialaminya,” katanya.
Peserta hanya perlu membayar RM10 seorang membabitkan lebih 300 peserta.
Katanya, pihak penganjur seakan-akan tidak dapat mengawal keadaan kerana sebahagian ibu bapa diberi taklimat dalam dewan manakala sebahagian lagi sibuk membuat pendaftaran.
Sementara itu, jurucakap PPUM mengesahkan kanak-kanak itu menjalani rawatan di hospital berkenaan.
“Dia diberi pengawasan rapi,” katanya.
Doktor yang bertanggungjawab menguruskan majlis berkhatan itu ketika dihubungi, berkata jangkitan kuman berlaku kerana kanak-kanak itu tidak membuang air kecil.
“Sepatutnya ibu bapa Farhan menghubungi saya dengan segera bagi membolehkan tindakan diambil seperti membuang alat itu bagi membolehkan dia membuang air kecil.
“Ibu bapanya mungkin tidak mendapat maklumat secukupnya. Mereka tidak hadir pada taklimat yang ditetapkan berhubung program berkhatan itu,” katanya.
Katanya, dia sudah mengedarkan jadual taklimat dua minggu sebelum majlis berkhatan beramai-ramai itu.
Nasib baik anak2 aku semua dah dikhatankan sehari lepas dilahirkan. Tak yah nak fikirkan benda nie dimasa depan.