BTC USD 22,719.9 Gold USD 1,923.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan, memang mendamaikan...

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,647
Joined
May 5, 2008
Messages
9,647
Reaction score
273
Points
91
TAHUN ini saya menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah anak di Kuantan dan menunaikan solat Aidiladha di Masjid Besar, Kuantan. Saya rasa seronok sekali apabila berada di dalam masjid bandar Kuantan ini.

Pertama sekali cara quran, surah Yasin dan buku agama diletakkan di atas rak di dalam masjid. Kesemuanya berada di paras kepala atau dada kita. Ini bermakna apabila kita rukuk semasa waktu solat, punggung kita tidak akan sama paras dengan quran di atas rak seperti yang berlaku di sesetengah masjid lain.

Saya harap masjid lain wajar mencontohi masjid Kuantan ini. Adalah amat mengaibkan apabila kita lihat orang rukuk punggungnya dekat dengan quran di atas rak.

Kedua, azan di masjid bandar Kuantan ini sungguh sedap didengar. Kalau saya tidak silap azan ini kedengaran di salah satu stesen TV. Saya sudah solat di banyak masjid dan surau di seluruh Malaysia dan kadang-kadang kita sedih kerana ada azan yang bunyinya seperti orang meraung kesakitan.

Ketiga, di masjid bandar Kuantan saya dapati imam solat meluangkan masa yang cukup untuk bertakbir dan bertasbih dalam setiap rakaat sebelum membaca fatihah dan ayat-ayat. Selalunya imam bertindak cepat sangat hinggakan para makmum tidak sempat melakukan tujuh takbir dan lima tasbih itu.

Seperkara lagi, untuk solat Aidilfitri dan Aidiladha, makmum mesti diingatkan bahawa mendengar khutbah adalah wajib. Masih ramai yang keluar masjid sebaik sahaja solat raya berakhir.

Ampang, Selangor">

teman memang sokong, setiap kali teman ke kuantan, sudah pasti teman akan berjemaah kat situ..:)paid
 
Last edited:
Sponsored Post

jaih

Legendary Member
gem
Messages
11,163
Joined
Jan 14, 2006
Messages
11,163
Reaction score
927
Points
171
dsc01650n.jpg


antara pic yg sempat aku snap.. masa lepak2 atas masjid
 
Sponsored Post

Top
Log in Register