BTC USD 38,634.3 Gold USD 1,810.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masih Relevenkah Peranan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

wanzue

Active+ Member
Joined
Feb 21, 2009
Messages
2,584
Reaction score
118
Points
33
GPMS telah diasaskan oleh Aminuddin Baki. Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin telah terbabit dengan persatuan pelajar kerana kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Hasil persidangan oleh tujuh persatuan telah membentuk Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Isu dan Kontroversi
Memorandum Bantah Perobohan Gerai Penjaja Kecil

Pada 23 April 2010, GPMS Pulau Pinang dipimpin oleh Jais Abdul Karim menghantar memorandum membantah gerai penjaja kecil Melayu dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Memorandum itu diterima oleh wakil Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) .Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman menyatakan kerja merobohkan gerai haram dihentikan dan diganti dengan mekansime baru mulai 1 Mei 2010

http://www.youtube.com/watch?v=xM5iaHgG9zk&feature=related

Isu dan Kontroversi
isu bar council

http://www.youtube.com/watch?v=qwuoDZXqKEc&feature=related

terbaru 15 oktober 2010

http://www.youtube.com/watch?v=rZy4Wrat2Hc
minit ke4:15 pegawai polis mengamuk pada alhi wanita GPMS.
 
Sponsored Post

wanzue

Active+ Member
Joined
Feb 21, 2009
Messages
2,584
Reaction score
118
Points
33
terbaru menyelesaikan Isu bantuan kewangan untuk pelajar Medik di Mesir
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register