BTC USD 104,950 Gold USD 2,771.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masih ramai mangsa sindiket SMS

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Walaupun kes penipuan membabitkan hadiah pemenang bertuah dan peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) sering didedahkan media, namun masih ada segelintir mereka yang terpedaya dan menjadi mangsa.

Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong mendedahkan, sepanjang tahun ini pihaknya telah menerima 10 aduan yang melibatkan jumlah kerugian hampir RM400,000.

''Misalnya pada Jun lalu, satu kes melibatkan kerani akaun wanita dari Sibu mengalami kerugian RM206,000!

''Dalam kes itu, akibat terlalu yakin dia menang hadiah wang tunai RM1.5 juta, dia membayar RM206,000 yang kononnya 'bayaran pemprosesan' sebelum boleh mendapat keseluruhan wang tunai itu,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Dalam pada itu itu, Michael sekali mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya berikutan sebaran SMS baru-baru ini yang memaklumkan bahawa mereka memenangi sejumlah wang tunai dari sebuah syarikat telekomunikasi.

SMS itu mengandungi ucapan tahniah dan meminta penerimanya menghubungi talian 006285241601122 iaitu talian Indonesia bagi menebus wang tunai yang dimenangi.

Semalam, Michael, anak perempuannya, Marina dan pemandu peribadinya, Mohd. Saudi Mohd. Salleh turut menerima SMS yang menyatakan mereka memenangi hadiah RM90,000 daripada sebuah syarikat telekomunikasi.

''Ia tindakan sindiket cuba memancing mangsa menerusi tawaran yang 'menarik' dan saya minta orang ramai tidak bersikap naif lalu mempercayainya," ujarnya.

P/S: Tula orang kata... Jangan caya! Degil!!! Kan dah kena!!
 
Sponsored Post

Diambil dari laman sesawang CILIMUDA

Penghujung February 2004, negara digemparkan dengan kenyataan dari salah seorang mufti yang mengatakan sebarang bentuk peraduan SMS adalah haram.

Kawan ulang ulasan beliau:


“Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum tersebut jelas kerana perbuatan mengaut keuntungan daripada wang yang terpaksa dibayar dahulu oleh peserta adalah satu bentuk perjudian.
Setiap satu benda termasuk pertandingan atau peraduan yang ada unsur-unsur gharar(tidak pasti) atau penipuan, hukumnya jelas haram, segala bentuk peraduan melalui SMS hendaklah dihentikan kerana ia mempunyai unsur-unsur perjudian. Ini kerana, mereka terpaksa membayar bil telefon yang melambung untuk menghantar SMS bagi menyertai peraduan tersebut.”

Rentetan dari saranan beliau, pada penghujung Julai 2004, Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim, telah memutuskan sebarang bentuk peraduan sms adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya.

Kawan tidak pasti saranan ini sudah digezetkan menjadi undang-undang atau tidak. Tetapi walaupun tidak lagi, mengikut hukum syarak yang haram tetap haram.

Walaupun begitu apa sudah jadi dengan peraduan-peraduan sms yang masih ada lagi sekarang? Masih berleluasa! Bagaimana perlaksanaannya saranan itu?

Kawan ada berjumpa dengan sahabat kawan yang menganjurkan salah satu peraduan SMS yang terbesar bersama salah sebuat syarikat telekomunikasi. Pada pertengan Jun 2008, peraduan ini telah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya diberhentikan/ditagguhkan peraduan itu.

Kawan menyokong penuh tindakan ini, tapi sedihnya masih ada pertandingan SMS yang seumpama itu dianjurkan, dan lebih menyedihkan lagi, dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi, penyiaran, media cetak dan elektronik. Malang sekali ada di antaranya berstatus GLC.

Pendapat kawan tak kiralah hadiahnya sebuah kereta atau tiket menonton wayang, yang haram, tetap haram.

Kawan menyeru agar pihak-pihak berwajib membuat pemantuan yang lebih rapi dan proaktif. Dan yang lebih penting pelaksanaan yang lebih konsisten tanpa mengira apa hadiahnya dan siapa penganjurnya, dan janganlah tunggu sehingga ada aduan awam, baru tindakan hendak dibuat!
 
laa dah bermacam2 contoh, tpi still ada lagi yg terjebak. apa kes ni haihhh...
baik simpan kredit tu utk download ringtone ke, or whichever consist. hati senang, jiwa pun riang... :))

p.s i hate SPAM text messages :(scam:(scam:(scam

aaaand, @ CG dlm profile visitor messages pun dah terjerumus skali :(scam
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register