BTC USD 23,452.6 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,697
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,697
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Semakin kita membesar dan memasuki alam pekerjaan, wajib kita ubah nama pada Gmail kerana memainkan peranan yang sangat penting untuk menunjukkan sisi profesional kita lebih-lebih lagi apabila hendak menghantar e-mel kepada klien. Dulu, nama pada Gmail sering dipandang remeh dan ada pelbagai nama 'pelik' yang kebanyakan dari kita pernah guna. Oleh itu, artikel ini akan berkongsi cara untuk mengubah nama pada Gmail anda supaya nampak lebih profesional.​

Cara 1

Cara ubah nama melalui tetapan Gmail

Langkah 1: Buka akaun Gmail anda melalui pelayar web. Di bahagian atas kanan berhampiran gambar profil, klik ikon 'Tetapan'.

1-1-768x62.png


Langkah 2: Klik 'See all settings'.

2-1.png


Langkah 3: Pilih 'Accounts'.

3-768x116.png


Langkah 4: Klik 'edit info' di bahagian 'Send mail as'.

4-2-768x201.png


Langkah 5: Di tetingkap baru, tambah nama baru yang ingin ditukar di ruangan kosong dan klik 'Save Changes' untuk simpan kemas kini.

5-1-768x128.png


Anda selesai menukar nama pada Gmail anda.


Cara 2

Cara tukar nama melalui tetapan Google Account

Langkah 1: Pergi ke laman utama carian Google melalui pelayar web dan klik ikon profil akaun Google anda di bahagian atas kanan. Kemudian klik 'Manage your Google Account'.

6-1-768x625.png


Langkah 2: Klik 'Personal info'.

7-768x799.png


Langkah 3: Klik bahagian nama anda.

8-768x287.png


Langkah 4: Ubah nama kepada nama yang ingin ditukar kemudian klik 'Save' untuk simpan kemas kini.

9-768x855.png


Anda selesai menukar nama pada Gmail anda. Sila maklum penukaran nama melalui tetapan Google Account ini akan mengubah keseluruhan nama anda di semua platform Google.

Semoga bermanfaat !​
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register