BTC USD 36,380.0 Gold USD 1,839.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Masih ada percaya Covid-19 tidak berjangkit di masjid?

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
Nak tanya. Adakah kau suka kat kemewahan dunia, mementingkan duit dalam membuat keputusan dan berniat nak simpan banyak harta untuk diri sendiri sampai mati?
_____________________
Kita jgn tertipu dgn kehidupan dunia
Ko ingat pak ustad2 tu bikin ceramah utk apa?

diorg pun cari duit jgk bang
Influencer utk kaya dan kuasa

kalau nak pahala sgt dgn ibadat
Pegi la bertapa dlm hutan zikir etc
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,876
Joined
May 29, 2008
Messages
18,876
Reaction score
7,962
Points
481
Awards
1
berita tu nak promosi amik vaksin ke atau nak suru org jgn pi masjid?..

jwpn skema pro vaksin:
“amik vaksin ler baru ble pi masjid…”

abis tu..apsal masi solat bejarak gak?? kan itu bidaah (wahabi wahabi slalu kata mcm ni)

“kita kena lah patuh ulil amri..”

gue terus slap mamat ni..sambil berkata..jgn amik ayat an-nisa tu sekerat sekerat..baca smpi habis..& tadabbur..klu xfaham tnya guru2, mursyid, dah fhm ..amalkan

diorg tu amik sekerat2 sbb diorg pun terikat

Berita nak cerita ttg kematian..
Covid boleh membawa kematian..

Aku pun heran, yang sebenarnya kematian mmg berlaku setiap tahun sebelum ada covid.

Ade spe kisah ?

Takde.. Sebab apa ?

Sebab ramai yang meninggal sakit jantung, sakit kencing manis, sakit tua dan sebagainya.

Cuma covid ni hadir dgn mempercepatkan kematian.

Itu je.

----

Memang benar boleh meninggal disebabkan terkena covid.

Tapi bukan punca covid semata2.. ( semua yg terkena covid ada masalah kesihatan, menyebabkan mereka jdi lebih teruk ) system badan x dpt melawan virus, virus serang badan yg dlm keadaan lemah.

----

Bila dah sampai masa, kena covid atau tidak tetap akan dijemput Allah. Kita bukan minta kena covid. Kita bukan meletak diri kpd tmpt yg salah.

Sebab tu, nak ambil vaksin ke, nak improve kesihatan secara alami.

Terpulang.

Yang penting kita jaga kebersihan, follow sop. Jarak dan sebagainya.
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,876
Joined
May 29, 2008
Messages
18,876
Reaction score
7,962
Points
481
Awards
1
menurut pemerhatian den di surau, otai2 ni ramai yg dtg solat jemaah & ikut SOP dlm surau... tapi bilo kluar surau berhimpit2 lagi2 time ado makan free, beratur amik makanan rapat2 takdo jarak2 pun

time bulan poso lepas lps hbs trawih berebut2 bratur amik moreh rapat2....

lps solat lepak bersila rapat2 bertepuk2 bahu berlaga lutut sembang2...

kaum muda x buek mcm ni, org2 tuo pencen ajo yg langgar sop, tapi mostly ramai otai2 ikut sop, yg langgar sop ni antara 10%-20% dpd jumlah jemaah yg dtg solat

yg masuk surau x pakai mask & x scan x tulis nama pun mostly otai2...

jadi den raso inilah punco kes kobid naik di surau2 & masjid2

skg kek perumahan den dh 2 kematian kes kobid melibatkan otai2 umur 60an... sedih sbb ahli kariah x blh poie surau tahlil & solat jenazah, hanya 10 ahli keluarga arwah & ajk surau yg uruskan jenazah shj yg blh dtg...

mana-mana tmpt sama boss..
Di pasaraya, di tmpt keje, di kwsn pasar, bazar dll..
ada yang akan melawak, bersalaman, berebut² dll..

Itu kelemahan manusia..

Orang muda buat juga benda gini..

Cuma kesan covid kpd orang muda tak berapa kelihatan.. Orang muda cuma selsema, demam dan sebagainya.

----
 
Last edited:

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,876
Joined
May 29, 2008
Messages
18,876
Reaction score
7,962
Points
481
Awards
1
Bab mati ni jangan main-main wooo.....dibangkitkan nanti terus atas mahsyar.

Nak hadap hisab lagi, timbang amalan lagi....nak ambik result SPM dulu pun tangan berpeluh nak bukak slip. Inikan pulak nak tengok result buku amalan hidup di bumi.

Takuttt....memang takutt....serammm...

Kematian dalam islam bukan pengakhiran bagi orang islam..

Ada a few thing dimana, pahala masih berterusan ketika sudah mati..

Rebutlah peluang tersebut ketika masih hidup..

---

Aku komen atas asbab memperingati diri sendiri..
 

biomedik2

Super Active Member
gem
Messages
6,094
Joined
Jan 19, 2020
Messages
6,094
Reaction score
2,034
Points
151
yg patut kita buat adalah penyelidikan dlm ubat..bukan vaksin..kaedah mencegah nabi dh ajar..jgn keluar masuk kawasan wabak..jaga kebersihan..bersugi..tawakal beribadah berdoa kepada Allah..dan byk lagi nabi ajar..hatta berwudhuk pun nabi ajar..masukkan air dlm hidung dan buang..
Macam mana nak buat penyelidikan dalam ubat jika orang melayu masih percaya bumi rata? Ingat researcher immunologist kat Pfizer Astrazeneca percaya bumi rata ke?
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,876
Joined
May 29, 2008
Messages
18,876
Reaction score
7,962
Points
481
Awards
1
Macam mana nak buat penyelidikan dalam ubat jika orang melayu masih percaya bumi rata? Ingat researcher immunologist kat Pfizer Astrazeneca percaya bumi rata ke?

Benda ni xde kaitan dgn bumi rata..
Bumi rata tu pendapat dia.. Biarkan..

Tp apa yg dia komen ttg isu covid tu ada benar nya..
Seperti jgn kluar masuk kwsn wabak, bersugi, berwuduk..

Tu semua ada point penting dlm menjaga diri..

Selain dri vaksin, ubat pun penting jgk..
Cth ubat ivermectim..

Kkm sedang usahakan kajian sama ada berkesan atau tidak.

Sama-sama kita nantikan..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
COVID-19 | 15 Jemaah Masjid Meninggal Dunia Dalam Tempoh 2 Minggu

Di Jitra, Kedah, 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.

EXCO Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman memaklumkan kematian dalam kalangan jemaah masjid itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu selepas virus itu merebak dalam kalangan jemaah pada bulan Mei.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-511: MADINAH TERPELIHARA DARIPADA WABAK?​

Capture


Soalan: Bagaimanakah wabak seperti COVID-19 ini boleh memasuki Madinah sedangkan di sana terdapat hadith yang menyatakan bahawa Madinah merupakan tempat yang terpelihara daripada dimasuki wabak?



Ringkasan Jawapan:
Hadith yang membicarakan berkaitan Madinah terpelihara daripada wabak ta’un adalah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menolak hadith ini dengan alasan ia bertentangan dengan situasi semasa yang mana wabak COVID-19 telah memasuki Madinah. Untuk meleraikan persoalan ini, kami simpulkan bahawa wabak ta’un secara khusus sama sekali tidak akan memasuki Madinah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi. Adapun, wabak-wabak yang lain seperti COVID-19 ini boleh memasuki Madinah kerana hadith di atas menyebut secara khsuus berkaitan ta’un.



Huraian Jawapan:


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Madinah merupakan salah satu daripada tempat suci umat Islam. Ini kerana, di sana terdapat hadith sahih yang menuntut agar kita bermusafir ke Masjid al-Nabawi yang terletak di Madinah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”.[1]

Berdasarkan soalan di atas, adalah lebih baik buat kami untuk menukilkan terlebih dahulu hadith yang dimaksudkan bahawa Madinah merupakan tempat yang terpelihara daripada wabak:

  • Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Nabi SAW bersabda:
عَلَى أَنْقَابِ المَدِينَةِ مَلاَئِكَةٌ لاَ يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ، وَلاَ الدَّجَّالُ

Maksudnya: “Terdapat malaikat di pintu-pintu masuk Madinah yang mana tidak akan masuk darinya ta’un (sejenis wabak) dan tidak juga Dajjal.”[2]

Melihat kepada hadith di atas, ia merupakan hadith yang sahih dan telah disepakati akan kesahihannya oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka, dari sudut statusnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Selain itu, dalam memahami makna hadith ini, Imam Ibn Hajar al-Asqalani ada menukilkan jawapan Imam al-Qurtubi yang menyatakan bahawa Madinah tidak akan dimasuki ta’un seperti yang berlaku di tempat selainnya seperti ta’un ‘Amawas dan ta’un al-Jarif.[3] Tambahan pula, Imam al-Nawawi berkata pada hadith ini disebutkan kelebihan Madinah dan juga kelebihan para penduduknya serta pemeliharaannya daripada ta’un dan Dajjal.[4]

Di samping itu juga, Imam al-Nawawi menukilkan pandangan Ibn Qutaibah yang menyebut secara pasti bahawa ta’un tidak pernah berlaku di Madinah dan juga Makkah.[5]

Berbalik kepada persoalan di atas, COVID-19 merupakan salah satu wabak yang boleh membawa kepada kematian sama seperti ta’un ini. Namun, adakah apabila terdapat kes COVID-19 yang dilaporkan di Madinah, maka kita secara mudah ingin menolak hadith yang sahih ini. Bagi menjawab persoalan ini, suka bagi kami untuk menukilkan pandangan ulama berkaitan perbezaan di antara wabak dan ta’un ini, iaitu:

أَنَّ بَيْنَ الْوَبَاءِ وَالطَّاعُونِ عُمُومًا وَخُصُوصًا فَكُلُّ طَاعُونٍ وَبَاءٌ، وَلَيْسَ كُلُّ وَبَاءٍ طَاعُونًا

Maksudnya: “Antara wabak dan ta’un terdapat umum dan khusus iaitu setiap ta’un itu adalah wabak dan bukan semua wabak itu adalah ta’un.”[6]

Perkara ini disokong dengan sebuah riwayat yang dibawa oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:

  • Daripada Abu al-Aswad berkata:
أَتَيْتُ المَدِينَةَ وَقَدْ وَقَعَ بِهَا مَرَضٌ وَهُمْ يَمُوتُونَ مَوْتًا ذَرِيعًا

Maksudnya: “Aku telah datang ke Madinah dan pada waktu terdapat penyakit yang menyebabkan penduduknya meninggal dengan cepat.”[7]

Imam Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa wabak (bukan ta’un) sememangnya wujud di Madinah.[8]Daripada riwayat di atas, dapatlah difahami bahawa wabak-wabak yang lain tidak terhalang untuk memasuki Madinah kerana hadith hanya mengkhususkan kepada wabak ta’un sahaja.

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang membicarakan berkaitan Madinah terpelihara daripada wabak ta’un adalah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menolak hadith ini dengan alasan ia bertentangan dengan situasi semasa yang mana wabak COVID-19 telah memasuki Madinah. Untuk meleraikan persoalan ini, kami simpulkan wabak ta’un secara khusus sama sekali tidak akan memasuki Madinah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi. Adapun, wabak-wabak yang lain seperti COVID-19 ini boleh memasuki Madinah kerana hadith di atas hanya menyebut ta’un secara khusus. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama serta memelihara kita daripada wabak COVID-19 ini. Amin.

Wallahua’lam

[1] Riwayat al-Bukhari no 1189

[2] Riwayat al-Bukhari no 1880 dan Muslim no 1379

[3] Ibn Hajar Al-‘Asqalani, Ahmad Bin Ali Bin Muhammad, Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari j.10 h.190

[4]Muhyiddin Al-Nawawi, Yahya Bin Syarf, Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Bin Hajjaj, j.9 h.153

[5] Al-Nawawi, Al-Azkar h.153

[6] Abu Abdullah Ibn Qayyim Al-Jauziah, Muhammad Bin Abu Bakar Bin Ayub, Zad Al-Ma’ad Fi Hadyi Khairi ‘Ibad, j 4 h.35-36

[7] Riwayat al-Bukhari no 2643

[8] Fath Al-Bar Syarh Sahih Al-Bukhari, j 10 h.181
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
Wabak taun aje yg tak bole masuk
Wabak kobid bole masuk
———-

Sebuah masjid di Arab Saudi ditutup kerana imam dijangkiti Covid-19​

TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 15 Jun 2021
1098372.jpg

Sukarelawan memeriksa suhu badan seorang jemaah masjid sebelum dia menunaikan solat di sebuah masjid di Makkah, Arab Saudi. - Foto AFP
DUBAI - Pejabat Kementerian Hal Ehwal Agama Islam, Arab Saudi bertindak menutup sebuah masjid buat sementara waktu di Jazan, barat laut negara itu selepas seorang imam dijangkiti dengan Covid-19, lapor portal berita Gulf News pada Isnin.
Penutupan itu yang disebabkan oleh seorang imam didapati positif Covid-19 adalah yang pertama kali dilakukan di negara beraja tersebut.
Menurut kementerian itu, sebuah pasukan bagi menghalang penularan pandemik itu telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk melakukan operasi penstrilan dan beberapa tindakan komprehensif sebagai persiapan untuk membuka semula masjid berkenaan.
Arab Saudi pernah menutup lebih 1,000 masjid buat sementara waktu sebagai usaha untuk menghalang penularan pandemik Covid-19.
Pada Ahad lalu, Arab Saudi mencatatkan 19 kematian akibat pandemik tersebut dan 1,017 kes harian baharu.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi ialah 465,797 dan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat pandemik tersebut ialah 7,572 orang pada Ahad lalu.
Baru-baru ini, jurucakap Kementerian Perdagangan Arab Saudi, Abdul Rahman Al Hussein berkata, hanya penduduk yang telah menerima satu suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan untuk memasuki pasar raya di negara berkenaan. - Agensi
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register