BTC USD 97,648.4 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,811
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,811
Reaction score
4,324
Points
266
Awards
1
PKP: Ibu bapa risau anak-anak tidur lewat, bangun lewat
Bernama |
Diterbitkan pada
Mei 04, 2020 12:07 MYT

PKP: Ibu bapa risau anak-anak tidur lewat, bangun lewat

Pakar berpendapat, ibu bapa boleh menetapkan beberapa peraturan bagi mendisiplinkan anak-anak di rumah sepanjang tempoh PKP. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti burung hantu dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga lewat malam dan tidur di siang hari.

Keadaan itu berlaku sejak kedua-dua pelajar sekolah rendah itu melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, menyebabkan sekolah masih ditutup sehingga kini.

Mary berdepan cabaran dalam mengehendaki anak-anaknya tidur awal dan mereka sering menyatakan tidak boleh tidur awal dan berjaga sehingga lewat 2 pagi.

"Kesannya mereka bangun tengah hari. Saya bimbang mereka tidak boleh mengubah rutin tersebut apabila sekolah dibuka semula setelah PKP tamat," katanya.

Mary tidak keseorangan dalam menghadapi situasi tersebut kerana R. Devi, 45, turut sedar dengan perubahan rutin anak perempuannya berumur 15 tahun, tidur lewat dan bangun lewat.

"Anak saya tidak ke sekolah dan belajar di rumah sahaja. Sebelum ini, dia selalu belajar pada waktu malam dan bangun awal untuk menyambung belajar lagi. Bagaimanapun, rutinnya berubah semasa PKP. Saya risau tabiat tersebut akan terbawa-bawa sehingga dewasa," kata Devi.

Tidur lewat dan bangun lewat nampaknya sudah menjadi satu rutin baharu kebanyakan pelajar ketika keluarga mereka menyesuaikan diri dengan normal baharu di bawah PKP.

Rutin tersebut dilihat lebih ketara membabitkan kanak-kanak berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak mempunyai banyak masa di rumah.

Ibu bapa khuathir mereka akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan rutin sebelum ini apabila sekolah dibuka kelak setelah PKP berakhir.

Dr Deepa Darshini Amarnath, pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur berkata, PKP dilihat boleh menyumbang kepada gangguan rutin kanak-kanak disebabkan ketiadaan sokongan sosial yang biasa daripada kawan-kawan dan guru-guru.

Beliau berkata, perubahan rutin secara tiba-tiba itu boleh membawa kepada pelbagai peringkat kegelisahan, takut dan sedih dalam kalangan kanak-kanak dan mereka memerlukan ibu-bapa berada di sisi mereka sepanjang masa, dan boleh memberi kesan terhadap corak tidur mereka.

"Kita semua mempunyai 'in-built body clock' yang dipengaruhi dengan keadaan siang hari atau malam. Apabila seseorang (dewasa atau kanak-kanak) duduk di rumah sepanjang masa, otak tidak menerima cukup isyarat mengenai keadaan siang atau malam bagi menentukan corak tidur yang betul, mengakibatkan pusingan tidur kanak-kanak terjejas.

"Bagi mengatasi masalah ini, seboleh-bolehnya cuba kekalkan rutin asal (bangun tidur, makan, dan aktiviti-aktiviti lain) dan sediakan jadual waktu aktiviti keluarga. Sediakan jadual waktu yang boleh digambarkan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya seperti autisme, beri mereka tugasan mudah dan buat mereka berasa selesa yang mereka juga boleh membantu," katanya kepada Bernama.

Dr Deepa Darshini berkata, ibu bapa juga boleh menggunakan pelbagai pendekatan termasuk memberitahu mereka yang kehidupan mesti diteruskan atau berkongsi dengan mereka mengenai kesusahan yang mereka hadapi dan bagaimana mengatasinya.

"Ibu bapa boleh juga memperuntukkan waktu tertentu untuk bersembang dengan anak-anak. Galakkan mereka untuk menyatakan perasaan (takut, marah, sedih) mereka dengan cara yang mereka selesa sama ada melalui perbualan, lukisan atau tulisan," katanya.

Ditanya jenis aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengekalkan kesihatan mental dan fizikal, beliau berkata, senaman mudah boleh dilakukan setiap pagi dan biarkan cahaya matahari memasuki rumah.

Pakar keibubapaan dan pembelajaran Dr Shukri Abdullah berkata, ibu bapa mempunyai peranan untuk tegas tetapi penyayang dan baik.

Beliau berkata, ibu bapa boleh menetapkan beberapa peraturan bagi mendisiplinkan anak-anak di rumah.

"Paling utama, jangan benarkan anak-anak bawa telefon bimbit ke dalam bilik mereka. Mereka aktif dengan media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube merupakan satu daripada faktor mengapa mereka tidur lewat dan bangun lewat," katanya.

"Satu daripada peraturan-peraturan yang boleh dibuat adalah menetapkan mereka belajar sekurang-kurangnya lima jam sehari semasa PKP. Anak-anak mungkin akan bertegang urat dan memberontak tetapi ibu bapa perlu tegas dan berbicara dengan mereka mengenai peraturan-peraturan yang boleh dilaksanakan di rumah," katanya.

Shukri berkata, beberapa aktiviti boleh dijalankan seperti menyelesaikan teka-teki, bermain catur, melukis dan menonton televisyen bagi mengelakkan anak-anak mendampingi media sosial.

"Ibu bapa juga perlu mempunyai keazaman untuk meluangkan masa bersama anak-anak semasa PKP, sesuatu yang sukar dibuat apabila PKP ditarik balik. Mereka hendaklah kreatif menyesuaikan diri dengan keadaan," katanya.

PKP Bersyarat dilaksanakan mulai 4 Mei bagi membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi digerakkan semula tanpa mengetepikan aspek kepentingan memerangi wabak COVID-19. Sekolah terus ditutup sehingga diberitahu kelak.

PKP yang memasuki fasa keempat akan berakhir 12 Mei. - BERNAMA
 
Sponsored Post

suami-malas-asyik-tidur-pkp.png

Isteri sayu suami bangun tidur lewat hanya tahu buka tudung saji sepanjang PKP, tak larat membebel... nak tuntut di akhirat - “Dengan geng game online boleh gelak-gelak” - Viral | mStar

SETIAP apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Misalnya dalam kesedihan orang ramai yang terpaksa berkurung di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka
sebenarnya mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga.
Jika dimanfaatkan sebaiknya, banyak sahaja aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah.

Namun, lain pula ceritanya dengan wanita ini yang mengadu mengenai sikap pemalas suaminya sepanjang tempoh PKP
dijalankan sehingga hari ini.
Tanpa mendedahkan identiti, wanita itu meluahkan perasaannya menerusi perkongsiannya di laman Facebook Kelab Rumah
Tangga (KRT).

Dedah wanita itu, suaminya bukan sahaja tidak membantu urusan di rumah dan tidak melayan anak-anak, malah hanya tahu
bermain permainan video sepanjang hari.
 Perkongsian itu ternyata menimbulkan kemarahan ramai, tak kurang juga yang meminta agar sang isteri bersabar menghadapi
dugaan berkenaan.

Pengumuman PKP oleh Perdana Menteri memberi arahan agar orang ramai duduk di rumah dan keluar untuk urusan penting
sahaja.
"Selama tempoh PKP ni, selama tu juga aku duk tahan mata tengok laki aku main game online. Dari pukul 12 tengah hari celik
mata sampai pukul 4 atau 5 pagi.

"Aku dengan anak-anak langsung dia tak pandang dan berborak. Tapi dengan geng game online tu boleh gelak-gelak lagi," ujar
wanita itu.
Lebih menyedihkan, segala nasihat dan kata-katanya langsung tidak dihiraukan lelaki itu.

Malah, rutin harian suaminya juga sama sahaja sepanjang pelaksanaan tempoh PKP yang dilanjutkan kerajaan sehinggan 14
April ini.
"Aku pendam je sambil terasa hati. Kadang-kadang menitik juga air mata. Aku senyap je, tak bebel pun sebab dah tak larat,
sebelum-sebelum ni lagi duk bebel.

"Kalau anak-anak pun tak sempat pandang, hal lain jangan haraplah. Hal rumah langsung tak membantu. Yang tahu bangun
tengah hari, buka saji, hadap game, mandi, hadap game, buka saji lagi, hadap game lagi sampai pukul 4 atau 5 pagi.
Kata wanita itu, dia kesal dengan sikap suaminya yang mengabaikan keluarga.

"Ayang memang tak akan bebel dah. Ayang cuma akan tuntut waktu abang untuk ayang dan anak-anak kat akhirat nanti," luah
wanita itu.

Posting luahan wanita itu turut dikongsi semula oleh laman Facebook Rizal Hakimm sehingga menjadi tular dan menjadi
perbualan netizen.
Majoriti komen mengecam sikap suami tidak bertanggungjawab itu, tidak kurang juga yang memohon isteri malang berkenaan
agar sabar menghadapi dugaan rumah tangga.

Posting yang tular di Facebook.
"Sebab itu ramai isteri yang kemurungan. Jangan main-main dengan kemurungan. Allah amanahkan isteri dan anak-anak untuk
dijaga, bukan diabaikan.

"Cuba kau jangan masak, tak jaga anak, tak buat kerja-kerja rumah. Kau pun hadap game sampai ke Subuh, tengok laki kau
menggelupur ke tidak?
"Say no to lelaki yang main game sampai melalaikan ni. Kadang-kadang memang kesian kalau dapat pasangan macam ni.
"Bila isteri diam tu jangan ingat dia reda. Kalau sayang diri sendiri sedarlah, akhirat dia tuntut," tulis beberapa netizen.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/03/30/suami-pemalas-pkp
 
abam Man ko ke ni ? :LOL:
 
dah 2 minggu lebih pkpb nih, anak2 tak poie skolah jadi lintang pukang jgk kek rumah tido lewat & bangun lewat.

walaupun solat subuh samo2 tapi llps tu trus tido sampai 10-11am

letih den beleter ingatkan budak2 ni

dah buek jadual blajar pun ikut skolah online tapi yg online cikgu ajo, murid2 masih krohhzzzzz laie ekkeekeke
 
PKP: Parents are worried about their children sleeping late, waking up late
Bernama |
Published on
May 04, 2020 12:07 MYT

PKP: Parents are worried about their children sleeping late, waking up late

Experts argue that parents can set some rules to discipline their children at home during the PKP period. - Decorative pictures
KUALA LUMPUR : Mary's two children seem to be like owls in the last 50 days by staying up late at night and sleeping during the day.

The situation has occurred since the two primary school students went through the period of the Movement Control Order (PKP) which was enforced by the government since March 18 to curb the spread of the COVID-19 epidemic in the country, causing schools to remain closed until now.

Mary faces challenges in requiring her children to go to bed early and they often state that they cannot go to bed early and stay up until 2 am.

"As a result, they woke up at noon. I am worried that they will not be able to change the routine when the school reopens after the PKP ends," he said.

Mary is not alone in facing this situation because R. Devi, 45, is also aware of the routine changes of her 15-year-old daughter, sleeping late and waking up late.

"My son does not go to school and study at home only. Before this, he always studied at night and got up early to continue studying again. However, his routine changed during PKP. I was worried that the habit would be carried away until adulthood," said Devi .

Late sleep and waking up late seem to have become a new routine for most students as their families adjust to the new normal under PKP.

The routine is seen to be more significant involving children than adults because children have a lot of time at home.

Their khuathir parents will have trouble adjusting to the previous routine when the school opens later after PKP ends.

Dr Deepa Darshini Amarnath, a psychiatrist at the Kuala Lumpur Hospital, said PKP was seen to be contributing to the routine disruption of children due to the lack of normal social support from friends and teachers.

He said such sudden routine changes can lead to various levels of anxiety, fear and sadness among children and they need parents to be by their side at all times, and can affect their sleep patterns.

"We all have an ' in-built body clock ' that is influenced by day or night conditions. When a person (adult or child) sits at home all the time, the brain does not receive enough signals about day or night conditions to determine the pattern of sleep that right, resulting in the child's sleep cycle being affected.

"To overcome this problem, try as much as possible to maintain the original routine (waking up, eating, and other activities) and prepare a schedule of family activities. Provide a schedule that can be described to meet the needs of children with disabilities such as autism, give they do simple tasks and make them feel comfortable that they can also help, "he told Bernama.

Dr Deepa Darshini said parents can also use a variety of approaches including telling them that life must go on or sharing with them about the difficulties they face and how to overcome them.

"Parents can also set aside a certain amount of time to chat with their children. Encourage them to express their feelings (fear, anger, sadness) in a way that they are comfortable with either through conversation, drawing or writing," he said.

Asked what kind of activities can be done to maintain mental and physical health, he said, simple exercise can be done every morning and let the sunlight enter the house.

Parenting and learning expert Dr Shukri Abdullah said, parents have a role to play but firm and kind.

He said parents can set some rules to discipline their children at home.

"Most importantly, do not allow children to bring mobile phones into their rooms. Being active with social media such as Facebook, Instagram and YouTube is one of the factors why they sleep late and wake up late," he said.

"One of the rules that can be made is to set them to study at least five hours a day during PKP. Children may be tense and rebellious but parents need to be firm and talk to them about the rules that can be implemented at home, "he said.

Shukri said, some activities can be carried out such as solving puzzles, playing chess, drawing and watching television to prevent children from social media.

"Parents also need to have the determination to spend time with their children during PKP, something that is difficult to do when PKP is withdrawn. They must creatively adapt to the situation," he said.

Conditional PKP was implemented from May 4 to enable more economic activities to be mobilized again without neglecting the importance of fighting the COVID-19 epidemic. The school continued to be closed until further notice.

The PKP entering the fourth phase will end on May 12. - BERNAMA
It is need to special care to kids in Pandemic situation because We are close in home and We are facing new challenge regard children's study and sport.
 
time pkpp ni den susun jadual dah utk family, ;-

545am bangun mandi siap2 nk solat
610am solat subuh jemaah
630-7am ngaji sikit2 pastu krohzzzzz
9am sarapan
10am-11am ulangkaji pelajaran

12pm lunch
1pm solat zohor jemaah
2pm=3pm ulangkaji pelajaran
4pm mkn petang
430pm solat asar jemaah
5pm-630pm poie main kek luar rumah kayuh ko jenjalan tasik

7pm-730pm solat maghrib jemaah
8pm dinner
830 solat isyak jemaah
9pm-10pm ulangkaji pelajaran

1130pm siap2 utk tido

============= tapi kelaut jugak jadual ni ekekekkkeeke
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register