Info Masalah Perumahan Hong Kong - Dari Rumah Keranda Ke Rumah Kontena

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,316
Reaction score
3,658
Points
236
Apabila kita sebut tentang Hong Kong, imej kuasa besar ekonomi dunia ekoran kedudukan pulau itu sebagai pusat kewangan dunia menggambarkan kehidupan mewah yang berkualiti. Walaupun begitu realiti di sebalik gambaran yang kerap kali dipopularkan, sangat jauh berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku. Tahukah anda di Hong Kong, 1 per 5 daripada penduduknya sebenarnya hidup di bawah paras kemiskinan. Majoritinya pula mengalami masalah untuk mendapatkan kediaman yang sangat meruncing ?


Fantasi Hong Kong sebagai pusat korporat dunia

hong-kong-pusat-kewangan-dunia.jpg


Lupakan kesemua gambaran anda tentang Hong Kong yang dapat kita lihat dalam filem, komik, drama dan apa saja yang memberikan gambaran indah kepada anda. Masalah kemiskinan di Hong Kong sebenarnya berlaku dalam skala yang sangat besar, diburukkan lagi dengan jurang ekonomi yang sangat meruncing. Berbeza dengan negara kita yang mengalami masalah harga kediaman yang tidak setara dengan gaji, masalah warga Hong Kong berkenaan isu sama berada pada tahap terlalu ekstrim.

Secara puratanya, penduduk Hong Kong menggunakan 70% daripada pendapatan median mereka hanya untuk membayar sewa rumah! Bukannya untuk kediaman sendiri - hanya sekadar sewaan. Situasi ini wujud disebabkan oleh kegagalan ekonomi Hong Kong sendiri meningkatkan purata pendapatan negara mereka agar seiring dengan kenaikan harga rumah di sana; yang sangat bergantung kepada faktor tanah disebabkan ruang yang sangat terhad.


Tinggal dalam rumah keranda

contoh-rumah-keranda-di-hong-kong.jpeg


Oleh sebab itulah tawaran rumah-rumah sebesar 100 kaki persegi yang seringkali dilabelkan sebagai 'coffin house' atau rumah keranda, laku di pasaran awam. Ini kerana itu adalah satu-satunya alternatif yang ada bagi golongan bawahan Hong Kong untuk sekurang-kurangnya memiliki kediaman. Warga Hong Kong tiada alternatif lain disebabkan oleh kelewatan kerajaan Hong Kong sendiri (China) yang agak lambat membangunkan projek-projek perumahan rakyat.

Pada tahun 2018, dilaporkan warga Hong Kong yang memohon unit kediaman binaan kerajaan perlu menunggu secara purata 5.5 tahun giliran, sebelum boleh memiliki kediaman sendiri. Dianggarkan untuk beberapa tahun berikutnya, waktu menunggu itu akan meningkat kepada 6 tahun.


Sistem rumah modular bersaiz kecil sebagai solusi

hong-kong-container-homes.jpg


Hampir 300,000 pemohon keseluruhannya pada ketika ini sedang menunggu permohonan mereka diluluskan tetapi dalam masa yang sama, mereka masih memerlukan tempat tinggal buat sementara. Disebabkan kegagalan untuk mendapatkan kediaman, ramai sebenarnya warga Hong Kong memilih untuk menjadikan kafe-kafe siber sebagai ruangan tidur - kerana harga yang dikenakan agak berpatutan.

Jadi di mana nak tempatkan mereka buat sementara?

Atas sebab itulah kerajaan Hong Kong ketika ini sedang memulakan usaha unik membina rumah-rumah kediaman sementara berbentuk modular, yang dibina di atas tanah milik kerajaan atau disewakan kepada kerajaan Hong Kong oleh pihak swasta - bagi membolehkan penempatan dibangunkan. Projeknya yang dirancang sejak tahun 2018 akhirnya menerima kemasukan penduduk yang pertama seramai 800 keluarga, diberikan nama Projek Perumahan Modular Jalan Nam Cheong 2020.


Konsep kontena sebagai kediaman jangka pendek

pembinaan-rumah-modular-kos-rendah.jpg


Dengan menggunakan kotak-kotak kontena sebagai asas, kerajaan Hong Kong menjadikan Projek Jalan Nam Cheong sebagai projek perintis. Pembinaan rumah secara modular dipilih, disebabkan oleh kosnya yang dikatakan hanya 40% berbanding pembinaan secara tradisional selain daripada tempoh pembinaan yang hanya memakan masa 1 tahun - diharap bakal membantu penduduk yang memerlukan.

Sistem modular yang dibangunkan juga mudah untuk dileraikan, selain daripada mempunyai sifat mudah alih - memudahkan kerja-kerja perpindahan seandainya unit-unit kediaman yang telah selamat dibangunkan perlu dipindahkan ke kawasan lain. Bagaimanapun, bukan semua pihak yang sedang menunggu giliran bagi mendapatkan kediaman binaan kerajaan layak menduduki rumah modular ini. Tawaran penempatan sementara ini hanya dibuka kepada pemohon yang masa menunggunya melebihi 3 tahun. Bagi mereka yang di bawah tempoh tersebut, mereka perlu terus mencari alternatif sendiri seperti biasa.


Dua tahun yang penuh harapan

rumah-kontena-hong-kong-2020.jpg


Keseluruhan binaan bersifat modular itu dibina oleh Badan Kebajikan Sosial Hong Kong, dengan sewaan tanah diberikan sebuah syarikat swasta pada harga HK$1 sebulan. Walaupun hanya mampu menempatkan segelintir pemohon yang sabar menunggu, kompleks berbentuk modular setinggi empat tingkat ini bakal menjimatkan perbelanjaan golongan bawahan Hong Kong; dengan kadar sewa ditetapkan tidak akan melebihi 25% kadar pendapatan bulanan mereka - berbanding 'rumah keranda' yang secara puratanya mencecah HK$5,000 sebulan sewaan.

rumah-modular-hong-kong.jpg


Pemohon juga kini mempunyai keluasaan rumah dua kali ganda lebih besar, sekitar 130 kaki persegi untuk unit sendirian dan 290 kaki persegi untuk unit keluarga, berbanding 80 ke 100 kaki persegi dalam setiap rumah keranda. Namun, setiap pemohon hanya dibenarkan tinggal di situ selama 2 tahun. Seandainya permohonan mereka masih belum juga diluluskan selepas tamat tempoh tersebut - mereka perlu mengosongkan premis bagi membolehkan pemohon lain tinggal di situ.
 
Last edited:
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,843
Reaction score
1,679
Points
151
Mana2 negara
Memang rakyat tempatan akan di capatikan :D
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,665
Reaction score
256
Points
91
knapa diorg sampai dah tahap mcm ni tp masih lg keje kt bandar..knapa diorg xnak je pindah balik kg ke bertani ke ternakan ke?
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,956
Reaction score
789
Points
121
knapa diorg sampai dah tahap mcm ni tp masih lg keje kt bandar..knapa diorg xnak je pindah balik kg ke bertani ke ternakan ke?
err...tuan... ni kat hongkong kan...rasanya tak luas kot utk bercucuk tanam
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,665
Reaction score
256
Points
91
err...tuan... ni kat hongkong kan...rasanya tak luas kot utk bercucuk tanam
x maksud sy diorg keluar la dr hongkong balik kg masing2..bukan cucuk tanam kt dlm hongkong tu..bukan ape sebab sampai dah tahap tido dlm bilik kecil mcm tu apa guna la nk hadap mcm tu..mcm x berbaloi
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,956
Reaction score
789
Points
121
x maksud sy diorg keluar la dr hongkong balik kg masing2..bukan cucuk tanam kt dlm hongkong tu..bukan ape sebab sampai dah tahap tido dlm bilik kecil mcm tu apa guna la nk hadap mcm tu..mcm x berbaloi
agaknya ni la orang kata... hujan emas di negeri orang.. hujan batu ni negeri sendiri kot
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,427
Reaction score
487
Points
86
kat mainland pun susah nk hidop... walaupun tanah besar
 

mohamad71

Active Member
Joined
Apr 23, 2007
Messages
2,060
Reaction score
20
Points
25
Penduduk padat kampungpun dalam flat.Dapat bayangkan betapa tidak selesanya dalam rumah tu.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,095
Reaction score
2,082
Points
201
x maksud sy diorg keluar la dr hongkong balik kg masing2..bukan cucuk tanam kt dlm hongkong tu..bukan ape sebab sampai dah tahap tido dlm bilik kecil mcm tu apa guna la nk hadap mcm tu..mcm x berbaloi
hong kong besar negeri Melaka je bang. tak luas mana pun. lagipun kawasan kat sana mostly berbukit bukau.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,267
Reaction score
2,138
Points
206
hong kong besar negeri Melaka je bang. tak luas mana pun. lagipun kawasan kat sana mostly berbukit bukau.
masalah kecik je tu.
sujud kepada xi jinping nanti bukit tu semua hilang. masalah rumah keranda terus selesai.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register