Masalah pembotolan: Produk Ribena ditarik balik

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
August 14, 2017



KUALA LUMPUR – Beberapa produk kordial minuman Ribena ditarik balik buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta, mulai semalam.

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory) yang merupakan sebuah syarikat minuman berasal dari Jepun dalam satu kenyataan menjelaskan, tindakan itu dibuat kerana satu ralat yang dijumpai ketika membuat pemeriksaan rutin di kilang pembuatannya di Shah Alam.

Syarikat itu berkata, siasatan awal proses pembuatan mengesyaki produk itu terdedah kepada udara ketika proses pembotolan.

“Hal ini menyebabkan kualiti produk dalam botol berpotensi merosot lebih awal daripada tarikh luput,” katanya.

Suntory berkata, pihaknya telah mengambil keputusan sukarela untuk menarik balik minuman produk Ribena tertentu dengan tarikh luput yang ditetapkan dari 12 Ogos.

“Walaupun bukan setiap botol terjejas, pengguna dinasihatkan agar tidak meminum produk itu jika ia kelihatan aneh, rasa atau bau masam atau jika mereka ragu tentang kualiti produk,” kata Suntory.

Dalam pada itu, pihak Suntory juga memberi jaminan bahawa kesemua produk keluaran mereka dengan tarikh luput selain daripada yang disenaraikan adalah selamat dan tidak terbabit dengan penarikan semula.

Pada masa yang sama, Suntory berkata, mereka akan menyelesaikan isu tersebut dengan efektif dan segera serta akan memaklumkan semula kepada pelanggan sebaik sahaja pihak itu menyambung semula proses pengilangan dan penghantaran stok.

Di bawah adalah senarai produk Ribena yang ditarik balik:

 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,626
Reaction score
931
Points
161
br ku tau ia produk jepun... igt dari US
feveret aku ribena+sunquick.... pergghhhhh
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
100
Points
123
bagus.. uatamakan keselamatan pengguna. nama pun mesti nak kena jaga.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,707
Reaction score
20,764
Points
1,661
Tiada pun Vitamin C, Ribena didenda

WELLINGTON 27 Mac 2007 – Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.


Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.

Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren.

Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.

Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.

“Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C,” kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.

Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu. – AP


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#ixzz4pmcQN1vd
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,041
Reaction score
195
Points
33
Produk Ribena terjejas..tak dak pulak depa state nak tarikbalik ka atau kalau customer dah terbeli, buleh hantaq balik untuk refund kat mana-mana pusat pengumpulan...ni nampak gaya ni mcm nak kena tuang dalam sinki lah ni..nak minum dah tak buleh, nak simpan lagi pun bukan buleh buat apa dah...:-?
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,339
Reaction score
2,538
Points
191
Tiada pun Vitamin C, Ribena didenda

WELLINGTON 27 Mac 2007 – Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.


Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.

Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren.

Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.

Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.

“Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C,” kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.

Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu. – AP


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#ixzz4pmcQN1vd
kes lama nih..

bebudak sekolah yang kantoikan lepas buat experiment vitamin C..

kalo tgk ribena punya iklan dulu2, kemain cakap lebih vitamin c 5kali ganda berbanding aprikot..

rupanya xde langsung vit. C

btw, dapat whatsapp kata, dalam air ribenna ada mayat biawak.. LOL..
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,344
Reaction score
201
Points
78
Tiada pun Vitamin C, Ribena didenda

WELLINGTON 27 Mac 2007 – Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.


Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.

Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren.

Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.

Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.

“Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C,” kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.

Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu. – AP


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#ixzz4pmcQN1vd
Haha aku penah baca benda nie
Pada aku xmengejutkan sangat
Too good to be true kut sampai 5X ganda
And kalau VitC banyak sampai camtu, kenapa doktor xde rekemen suruh minum je rebena
Haha

Thank God aku bkn supporter rebena
 
Sponsored Post
Top
Log in Register