Masalah Menternak Ketam Nipah

CG Sponsors




tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,207
Reaction score
828
Points
176
Ada yang kata kini menternak ketam nipah adalah projek yang mahal.. kosnya lebih kurang 6 gebu... tapi nak balik modal dan terima keuntungan lambat... ada sesaper boleh komen tak..

beca emas wrote:
minggu lepas saya pergi ke pejabat pos, oleh kerana no giliran saya masih lambat saya pun berborak dengan orang di sebelah saya.
kami bercerita pelbagai aspek politik,ekonomi dan perkembangan semasa.tergerak di hati saya untuk bertanya pasal ketam nipah ni, mana tau orang lama ada pengalaman ke atau sekurangnya boleh bertukar pendapat.
alangkah terkejutnya saya ,kawan baru saya itu adalah antara peserta terawal yang mengikuti kursus yang di anjurkan oleh PRIME TRIEND dan SAMA AQUACULTURE ni.
malah dia telah memesan set rm 6000 ni sebaik selesai sahaja kursus tersebut 4 bulan yang lepas.maka teruja saya untuk bertanya berkenaan hasil projek ketam tersebut kerana mengikut kira2 saya yang juga pernah mengikut kursus tersebut, seharusnya dia sudah 2 kali tuai hasil.
malah saya meminta kebenaran dia untuk meninjau kawasan penternakan/set ternakan ketam tersebut.bertambah terkejutnya saya yang dia mengatakan dia sudah sampai ketahap nak give-up dengan program ternakan ketam kontrak ni.
saya bertanyakan kenapa boleh jadi bergitu, dia pun menerangkan kepada saya satu persatu.pertamanya nya set tersebut memang sudah di pesan 4 bulan yang lalu, tetapi di sebabkan masalah syarikat (sama aquaculture)dia hanya dapat set tersebut setelah menunggu selama 3 bulan lebih.walaupun sudah membuat bayaran cash semasa tempahan nya 4 bulan yang lepas.
jadi sekarang sudah dapat set tersebut, saya bertanyakan bagaimana benih, dah besar ke? sekali lagi dia mengeluh panjang dan berkata pada saya. yang sekarang dia sedang bela air je.kalau dalam kursus dl seingan saya namanya running water.
runing water ni tujuannya untuk bagi menternak probiotik untuk mantap dalam sistem supaya ianya boleh berfungsi sebagai pengurai amonia/sisa buangan ketam secara semulajdi.
dia sudah membela air ni pun agak lama , 1 minggu pertama benih x dapat di masukkan kerana pihak SAMA mengatakan bahawa air tersebut masih kurang alkali(pribiotik x cukup), maka di buatnya sesuatu(saya tak tanya tang ni)supaya alkali level boleh naik.
masuk minggu ke 2 masih belum boleh masuk benih ketam kerana paras alkali naik terlalu tinggi pulak, dan sekarang pun paral alkali ini tak turun2 lagi , sudah banyak kali pihak SAMA hantar orang ketempat beliau untuk uji air tersebut , namun tiada perubahan.
bila saya tanya bila agak2nya benih ketam ni boleh diletak kan, beliau mengeleng kepala sebab pihak SAMA pun tak pasti bila boleh di letakkan, ni yang buatnya bertambah fed-up dan give -up,kerana dl masa kursus semuanya katanya mudah.
sekarang masalah teknikal terlampau banyak, jadi ble nak pulang modalnye,duit dah keluar 4 bulan lebih dulu, hasilnya entah bila boleh jelma.sehingga hari ini saya bertanya beliau pasalketam ternakannya, jawapan yang saya terima "saya masih membela air"
agaknya2 jika saya meng-oder set tersebut entah2 pertengahan tahun depan baru saya dapat bela ketam ni.
efisien ke? entahlah,tepuk dada tanya selera..baik bela sendiri
dipetik dari sebuah laman web topix.com

tolong beri komen...:D
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Nasib baik aku tak join ternak ketam nipah.
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,207
Reaction score
828
Points
176
Nasib baik aku tak join ternak ketam nipah.
tula ada yang kata lebih banyak keburukan dari kebaikan... dulu kata pasaran sekila boleh cecah sampai 28 hengget... tapi yang terbaru tok dengau sampai 6 - 8 hengget sekilo...
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,207
Reaction score
828
Points
176
Ternakan Ketam Nipah Dalam Akuarium Fiber

PERBANDINGAN PELABURAN KETAM NIPAH DAN TERNAKAN AKUAKULTUR LAIN

1. Talapia Kolam
Modal Aset: RM60,000.00
Modal Operasi: 20,000.00
Tempoh Ternak: 210 hari
Keluasan: 2.0 ekar
Peratus Keuntungan: 18%

2. Talapia Sangkar
a. Modal Aset: RM40,000.00
b. Modal Operasi: 50,000.00
c. Tempoh Ternak: 200 hari
d. Keluasan: 0.4 ekar
e. Peratus Keuntungan: 20%

3. Udang Putih
a. Modal Aset: RM200,000.00
b. Modal Operasi: 250,000.00
c. Tempoh Ternak: 120 hari
d. Keluasan: 8.0 ekar
e. Peratus Keuntungan: 25%

4. Udang Harimau
a. Modal Aset: RM200,000.00
b. Modal Operasi: 300,000.00
c. Tempoh Ternak: 160 hari
d. Keluasan: 8.0 ekar
e. Peratus Keuntungan: 28%

5. Ikan Ketutu/Ubi
a. Modal Aset: RM60,000.00
b. Modal Operasi: 30,000.00
c. Tempoh Ternak: 360 hari
d. Keluasan: 2.0 ekar
e. Peratus Keuntungan: 35%

6. Ikan Keli
a. Modal Aset: RM15,000.00
b. Modal Operasi: 8,000.00
c. Tempoh Ternak: 80 hari
d. Keluasan: 0.1 ekar
e. Peratus Keuntungan: 17%

7. Ketam Nipah
a. Modal Aset: RM12,000.00
b. Modal Operasi: RM1,140.00
c. Tempoh Ternak: 70 hari
d. Keluasan: 15 kaki x 10 kaki
e. Peratus Keuntungan: 65%


POTENSI PASARAN DOMESTIK DAN EKSPORT

* Permintaan dari pasaran domestik terutama dari restoran mewah dan hotel-hotel meningkat setiap tahun.
* Manakala bekalan dari kutipan liar dan ternakan secara tradisional semakin merosot setiap tahun.
* Jualan secara borong menunjuk peningkatan dan harga semakin tinggi di antara RM15 – RM28 sekilogram.
* Pasaranluar negara semakin berkembang dengan permintaan amat tinggi terutamadi Shanghai (China), Singapura, Hong Kong dan Dubai. Harga bolehmencapai RM35.00 sekilogram.


ANGGARAN KASAR UNTUNG & RUGI (1 SET)

Jumlah Pusingan/Tahun: 6 Pusingan
Jumlah 1 Pusingan: 67 Kg
Harga RM/Kg: RM28.00
Pendapatan 1 Pusingan: 67 Kg x RM28 = RM1,876.00
Pendapatan 6 Pusingan: RM1,876 x 6 = RM11,256.00
Kos Operasi 1 Pusingan: RM569.00
Kos Operasi 6 Pusingan: RM569.00 x 6 = RM3,414.00

Untung Kasar 1 Pusingan: RM1,307.00
Untung Kasar 1 Pusingan: RM7,835.00

(Pengiraan tidak termasuk pembelian 1 set akuarium bernilai RM6,000)

KOS OPERASI

01. Benih – 120 ekor (10 ekor/Kg @ RM7/Kg) - 12Kg x RM7 = RM84
02. Makanan – 134 Kg X RM2.50/Kg = RM335.00
03. Elektrik = RM20.00
04. Bahan Kimia = RM80.00
05. Penyelenggaraan Set Sistem = RM50.00

Jumlah Keseluruhan = RM569.00

FAKTOR-FAKTOR PENGIRAAN

1. Peratus Hidup Ketam Nipah - 90%
2. Saiz Benih/Anak - 80 gram
3. Saiz Tuaian/Pasaran - 500 gram
4. Food Covention Rattio (FCR) - 2
5. Tempoh Ternak/Jualan - 60 Hari
6. Kos Operasi/Kg - RM8.50
7. Margin Keuntungan - 69%

sejauh mana kebenaran ni....
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,207
Reaction score
828
Points
176
petikan dari laman web topix.com

Kan dulu saya ada sebutkan persatuan peladang bukit merah... Dia orang dah nak saman dah sebab benih x dapat dapat...Saya rasa lah, x payah lah cakap lagi pasal company penganjur ni. Memang belit pun. Satu lagi kawan saya kat Melaka pun ternak air juga.
Pada kekawan semua…cik pah nak kongsi skit pengalamn, expecially pada mereka yang baru nak mulakan penternakan ketam nipah ni…selama pemerhatian cik pah,anak ketam yang beratnya dalam 150g dan ke bawah lazimnya high risk…terutamanya pada saliniti air…cos apa yg cik pah perhatikan,masa bulan 5 (ketika anak2 ketam(100g) di masukkan kedlm kolam,bila tiba musim ujan(2 ari non-stop) kira2 15 ekor dari 1000eko mati…tp bila ketam da semakin besar (300g), antibodinya semakin kuat n kadar kematian pun semakin kurang (kalau mati pun,satu ke 2 ekor je) tak pasti la pulak cik pah sejauh mana kebenarannya...tp itu apa yang cik pah alami selama ini…so,kepada mereka yg baru nak menjinakkan diri dalam dunia ketam ni,cik pah cadangkan.jgn beli benih yg terlalu kecik…rugi u all nanti…kalau beli benih besar sekali pun(250g-300g),harga baru rm20-24 sekilo (3-4 ekor ekor)…dan kalau u all ternak sampai 4 bulan,sekor bole mencecah 1kg….yang mana harga seekor dalam rm30-35 (pasaran kuantan)..tp kalau kl rasanya lebih tinggi lagi…lazimnya hotel2 besar n restoran akan berminat nak beli ketam2 saiz besar ni…so,fikirkanlah yang terbaik…
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
tok putih >> cam minat nak wat projek Ketam Nipah je?
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Itu idea yg baik lah, beli benih 250g, tunggu 4 bulan, boleh cecah 1kg seekor.
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,207
Reaction score
828
Points
176
tok putih >> cam minat nak wat projek Ketam Nipah je?
pak uda tok yang nak buat tapi tok larang so bergaduh sakan laa... ingat tak kawan aes yang hari tu kata ternak air je...so kena cari siapa yang tak berjaya dan masalahnya... tok dengau antara 10 yang buat 4 pasti tak berjaya... tinggi tu rekod kegagalan so tok nak kumpulkan maklumat bagi dia paham...

tok cadang nak ternak ikan keli.... :D.. ada projek baik punya... modal 30gebu diberi (melalui alatan kita cuma jaga aje).... jadi tok galakkan pak uda tok tu ternak ikan keli....
 
Last edited:

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
sconsult >> dah wat ke projek ni?
Lum, sebelum ni idea yg diberi, ternak dari benih kecil hingga matang, ni dah kira satu idea baru, beli yg saiznya sekitar 250g, ternak selama 4 bulan hingga saiznya sekitar 1kg seekor. Kan ke risiko dah minimum tu. Siapa2 yg minat... aku beri sokongan kuat idea ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register