BTC USD 39,734.6 Gold USD 1,827.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

masalah kereta proton...

vista_8

Fun Poster
Joined
Jan 17, 2008
Messages
177
Reaction score
8
Points
15
bukan nak boikot ataupun nak mengata protn,,tp just untuk renug-renungkan ja..

Harian Metro
25/10/2007

Kereta 9 bulan asyik keluar masuk bengkel

JOHOR BAHRU: Kegembiraan seorang pembantu jurutera memiliki kereta Proton Gen.2 1.6 liter baru, sembilan bulan lalu, tidak bertahan lama apabila kenderaan itu didakwa mula bermasalah sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang.

Lebih menyedihkan, Faizah Noor [email protected], 27, berkata masalah berkaitan kualiti yang timbul itu masih gagal diselesaikan walaupun kereta dibeli pada kos kira-kira RM59,000 itu sudah acap kali keluar masuk bengkel.

"Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta ini, masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding dia atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku.

"Saya membeli kereta berkenaan pada 1 Januari lalu dari wakil pengedar Proton di Skudai namun seminggu kemudian, saya mendapati karpet bumbung kereta itu terkopak dan mempunyai kesan dimasuki air.

"Saya menghantar kereta ke pusat servis Proton untuk menyelesaikan masalah itu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pekerja pusat servis memberitahu saya terpaksa menunggu untuk mendapatkan alat ganti bersesuaian tetapi selepas kira-kira dua bulan menunggu, kebocoran itu belum dapat diatasi menyebabkan saya sekali lagi ke pusat servis untuk mendapatkan perkembangan mengenai alat ganti baru," katanya.

Bagaimanapun, Faizah berkata, selepas bertemu dengan seorang kakitangan pusat servis berkenaan, beliau dinasihatkan supaya ke pusat servis utama di Plentong dan kerosakan itu akhirnya dibaiki.

"Pada mulanya saya menyangka masalah kebocoran sudah tiada, tetapi sangkaan saya meleset apabila mendapati kebocoran masih berlaku dan ia berlarutan sehingga sekarang.

"Selain itu, beberapa masalah lain turut timbul seperti wayar di bawah papan pemuka tertanggal sehingga menyebabkan fius untuk pengilap cermin dan radio tidak dapat berfungsi.

"Disebabkan kereta saya sering keluar masuk ke pusat servis, saya dapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit," katanya.

Faizah berkata, beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya pernah meminta untuk menukarkan kereta itu dengan kereta baru, tetapi difahamkan ia tidak mungkin berlaku kerana masalah yang timbul itu tidak termaktub dalam perjanjian bagi membolehkan pembeli membuat penukaran.

"Saya membeli kereta ini kerana ia buatan Malaysia, tetapi selepas beberapa lama menggunakannya baru saya tahu kualitinya yang pada hemat saya boleh menjejaskan imej kereta nasional itu sendiri.

"Jika orang lain gembira selepas membeli kereta baru, saya pula membayar ansuran RM680 sebulan untuk memiliki kereta bermasalah dan memeningkan kepala," katanya.

Faizah berkata, beliau bercadang untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya masih belum mendapat penyelesaian terbaik daripada pihak terbabit.

beringat sebelum terkena...:-?
 
Sponsored Post

Azrienaldinho

Fun Poster
Joined
Jun 10, 2008
Messages
284
Reaction score
1
Points
15
huhuhuhu.. aku pakai gen2 gaks.. waaaaaaaaa...
tapi, akunye so far ok jerrr... siap mod kot.. huhuhuhuhu...
 

elmyda

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2007
Messages
9,552
Reaction score
157
Points
73
not me..

aku punya gen2 pn sama problem.. dr mula keluar sampai 1 thn tu mcm2 kerenah, itu ini kena tukar.

tp lepas tukar 3rd party punya accessories mcm alarm etc, ok terus dh. mmg brg2 standard gen2 ni kualiti rendah termasuk la tayar.

dh serik beli kete br keluaran proton..
 

mahiscandevil

Fun Poster
Joined
Feb 10, 2008
Messages
666
Reaction score
1
Points
15
beli kete proton nie ikut nasib jugak
masa abg aku beli waja dulu..
lg banyak problem
last2 hntr kt bengkel kete biasa je
coz pusat servis cas mahal sgt
cukup 2 tahun jual terus
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
beli kereta proton bergantung pd nasib iaitu ok dgn tak ok adalah 50:50.
 

nightrain6

Freshie
Joined
Aug 27, 2008
Messages
35
Reaction score
0
Points
6
not me..

aku punya gen2 pn sama problem.. dr mula keluar sampai 1 thn tu mcm2 kerenah, itu ini kena tukar.

tp lepas tukar 3rd party punya accessories mcm alarm etc, ok terus dh. mmg brg2 standard gen2 ni kualiti rendah termasuk la tayar.

dh serik beli kete br keluaran proton..

sama la bro..
ada jer problem..
biaser alarm dgn power window..
kwn2 yg nk beli gen2, pikir ler 2 kali..:D
 

grahagold

Fun Poster
Joined
Feb 4, 2007
Messages
999
Reaction score
30
Points
25
belambokkk masalah ngan kereta proton ni...
 

ujikaji1

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2007
Messages
417
Reaction score
8
Points
25
sama la bro..
ada jer problem..
biaser alarm dgn power window..
kwn2 yg nk beli gen2, pikir ler 2 kali..:D

hahah..
aku punya saga BLM maslah power window..
hari tu g tukar kat HQ porton servis datang kul 9 ,kul 5 petang baru siap semata2 tukar power window..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register