Masalah eksport sarang burung walit selesai: Noh Omar

CG Sponsors




tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,194
Reaction score
823
Points
176
BEIJING: Hubungan baik di antara China dengan Malaysia membawa kepada tercapainya penyelesaian terhadap masalah eksport sarang burung walit ke China, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Bercakap kepada media Malaysia dalam lawatannya ke sini, beliau berkata pihaknya mengadakan perbincangan dengan Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ), Zhi Shuping, yang memberi kerjasama baik dan pandangan positif menyelesaikan masaalah tersebut.
Noh menghargai kerjasama jabatan tersebut yang mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara.
Beliau akan membawa isu tersebut ke Kabinet selepas masalah teknikal pengeksportan diselesaikan dan seterusnya Malaysia dan China dapat memeterai perjanjian eksport sarang burung walit.


Noh berkata, tidak ada perkara besar lagi dalam isu pengeksportan selepas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berbincang dan menyelesaikan masalah teknikal.

Katanya, beliau juga berbincang mengenai eksport nangka dan nanas dengan jabatan tersebut kerana pihak kementerian percaya potensi pasarannya amat besar di China.

“Malaysia belum mengeksport buah nangka dan nanas ke China kerana draf protokol pengeksportan buah-buah tersebut masih belum disiapkan,” katanya.
Mengenai eksport durian beku, Noh berkata terdapat lima kilang proses durian sedang menunggu kelulusan daripada AQSIQ untuk mengeksport buah durian ke negeri China.

Beliau berkata, pengekportan durian ke China akan meningkat jika lima kilang tersebut mendapat kelulusan yang dikehendaki.

“Buat masa sekarang terdapat dua kilang proses durian yang mendapat kelulusan mengeksport durian ke negeri China,” katanya. – BERNAMA

p/s dulu isu burung walit ni sampai bergaduh besar ngan orang tua ni tetiba bila sampai pilihanraya tup tup isu selesai... kendian lepas pilihanraya kerajaan China letakkan syarat baru pulak :eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

alpine_star

Legendary Member
Joined
Oct 3, 2010
Messages
13,885
Reaction score
117
Points
123
Ttiba selesai....pandai...pasnih smua masalah, ari terakhir nak pru baru selesaikan lah yer...noh nih mesti suke study last minute sekolah dulu....
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,194
Reaction score
823
Points
176
Ttiba selesai....pandai...pasnih smua masalah, ari terakhir nak pru baru selesaikan lah yer...noh nih mesti suke study last minute sekolah dulu....
tuler hebat YB YB kita.. semua masalah dpt diselesaikan menjelang pilihanraya:D
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Parlimen dah bubar..Noh masih jd menteri lg ker?
 

gadgetmall

Super Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
31
Points
70
dah bubar pon boley gune pangkat menteri lg ke?
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
menteri sementara tu tak cakap pun cara bentuk penyelesaiannya
 

AuraSuccess_88

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 3, 2010
Messages
69,868
Reaction score
185
Points
528
erm...dulu ramai buat rumah burung nie.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register