BTC USD 50,210.4 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Dalaman PKR Sabah Selesai - Anwar Ibrahim

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PENAMPANG,(Bernama) -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pada hari Ahad bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini.

Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telah menjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.

"Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota) menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kita mahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di sini.

Dr Jeffrey bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semua perkara telah selesai.

Dalam dua bulan lepas, PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Okt, kerana tidak puashati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti.

Sejurus selepas itu, Christina Liew turut meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi (MT) PKR. Sabah mempunyai seorang lagi wakil di MT iaitu Ansari Abdullah.

Bagaimanapun, parti tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Dis, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.

Anwar dalam ucapannya, berkata walaupun pelantikan Ahmad Thamrin mencetuskan kontroversi, tetapi ini mandat diberikan kepada Ahmad Thamrin, sama seperti pucuk pimpinan pusat parti lakukan kepada bahagian-bahagian di Sarawak dan Semenanjung. Beliau berkata rasionalnya ialah untuk mengangkat barisan pelapis ketika tokoh-tokoh veteran membantu membimbing mereka, seperti mana dilakukan di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Anwar juga berkata Dr Jeffrey selaku naib presiden yang mengurus hal-hal parti itu di Sabah dan Sarawak, memerlukan kerjasama dari pucuk pimpinan parti kedua-dua negeri itu, begitu juga sebaliknya - bekerja sebagai satu pasukan.

"Dr Jeffrey sebagai naib presiden, kita tahu keupayaan dia...Jadi kita tidak mahu lagi orang pertikai (apa-apa keputusan), yang lepas biar berlalu, dan sekarang kita bergerak ke depan sebagai satu pasukan," kata Anwar.

Beliau memberi amaran bahawa parti tidak akan membiarkan anggota yang terlibat dalam pembentukan sebuah parti baru, atau memainkan sentimen perkauman atau menolak dasar perbezaan agama.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
masalah luaran macam mana, dah selesai juga ke?
 

KLVIPER

Legendary Member
Messages
16,741
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,741
Reaction score
563
Points
171
Bila saya nampak aja perkataan Sabah ni mulalah terasa sayu... Maklumlah cinta terpisah dek lautan cina. Lol
 

WangEmas

Active+ Member
Messages
3,519
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
baguslah kalo camtu.. :D

ps: masalah dunia akan selesai jika setiap manusia menyelesaikan masalah diri sendiri.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register