akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,691
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,691
- Reaction score
- 6,554
- Points
- 881
- Awards
- 1
Masalah banjir Selangor perlu penyelesaian segera
Izwan Abdul HalimOctober 4, 2024
SHAH ALAM: Banjir kilat di Sungai Buloh berlaku untuk kali ketiga tahun ini, selain Daerah Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan beberapa kawasan sekitar juga terjejas dengan teruk.
Setiausaha PAS Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pihaknya mengambil maklum pelaksanaan projek tebatan banjir yang sedang dijalankan ketika ini.
“Itupun ada yang masih tertangguh daripada jangkaan siap yang sebenar. Namun penyelesaian jangka pendek juga perlu diambil tindakan segera oleh Kerajaan Negeri Selangor terutama untuk berhadapan keadaan luar jangka.
“Sungai-sungai tercemar, longkang tersumbat, sistem perparitan dan saliran air yang tidak boleh menampung air hujan mesti diatasi segera oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PAS Selangor sebentar tadi.
Menurutnya lagi, seramai 1,968 mangsa membabitkan 480 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) sebagaimana dinyatakan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor
“Di Sungai Buloh, keadaan banjir kali ini lebih teruk. Ada kawasan air termenung beberapa hari dan banyak kenderaan tidak sempat dialihkan.
“Beberapa PPS telah dibuka dan ada juga sekolah terpaksa dijadikan tempat pemindahan sementara kerana bilangan mangsa yang lebih ramai,” katanya.
Jelas beliau, kejadian banjir kilat di Selangor itu dilihat sudah tidak mengira musim sejak bertahun-tahun di mana jika berlaku hujan lebat sekitar dua jam pun sudah cukup mengakibatkan air naik dengan laju di beberapa kawasan.
Tambah beliau, jalan raya yang sedia sesak di hari biasa bertambah teruk dengan keadaan banyak kenderaan terperangkap.
“Maklumat daripada ADUN Paya Jaras, YB Dato’ Ab Halim Tamuri, arus yang terlalu deras akibat hujan lebat menyebabkan ban Sungai Buloh telah pecah.
“Ini bermakna kerajaan negeri masih belum bersedia dengan mekanisma yang lebih baik dan cekap untuk menghadapi hujan dan banjir tidak menentu ini lantaran dari perubahan iklim ‘Climate Change’ yang menjadi polimik dunia pada hari ini,” katanya.
Menurut beliau, banjir di Selangor banyak berlaku di kawasan bandar tempat penempatan padat dan banyak aktiviti harian rakyat akan terjejas.
“Selangor sebagai negeri maju sepatutnya lebih ke hadapan dalam menangani masalah ini daripada negeri lain sesuai dengan kemampuan kewangan yang dimiliki.
“Dalam sesetengah keadaan ia mempamerkan keadaan yang lebih teruk, kurang perancangan dan kesungguhan,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 4/10/2024