BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mas Tawar Diskaun Sehingga 50 Peratus

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang promosi sehingga 50 peratus diskaun dalam rangkaiannya bagi tempoh perjalanan 19 Ogos, 2013 hingga 31 Mei, 2014.

Dalam satu kenyataan Selasa, MAS berkata tempahan bagi tambang promosi berkenaan mulai sekarang hingga 25 Ogos.

Naib Presiden Kanan Kawasan Malaysia Muzammil Mohamad berkata promosi berkenaan merupakan lanjutan kepada hadiah sempena sambutan ulang tahun ke-40nya yang dilancarkan pada Oktober lepas.

"Selepas Aidilfitri, keluarga kini membuat rancangan untuk percutian hujung tahun sempena cuti sekolah pula," katanya.

Menurut MAS, susulan pengenalan semula perkhidmatannya ke Dubai, syarikat penerbangan berkenaan akan menawarkan tambang promosi dari RM1,999 bagi tambang kelas ekonomi termasuk semua pergi balik dan RM5,999 bagi kelas busines.

Sempena pengenalan perkhidmatan ke Kochi pula, ia akan menawarkan tambang pengenalan dari RM1,099 bagi tambang pergi balik kelas ekonomi termasuk semua dan RM2,199 bagi kelas perniagaan.

Tambang itu bagi perjalanan mulai 1 Sept, 2013 hingga 31 Mei, 2014, katanya.

MAS berkata bagi Darwin, tambang bermula dari RM1,399 bagi perjalanan pergi balik kelas ekonomi termasuk semua dan RM3,199 bagi kelas busines.

Tambang itu bagi tempoh perjalanan 1 Nov, 2013 hingga 31 Mei, 2014, katanya.
 
Dia kata tu termasuk semua....

Airport tax dh include la kot
 
sat nk p riki2 tgk.. kot2 btoi ada yg murah2 blh beli terus..
 
tgk route le.....

den cuba usha date yg den nak pi HK, Indon, Australia.....tiga2 xde pula utk promo.....huhu
 
murah tapi dia punya surcaj seratus lebih mana tahan..

airasia dengan malindo murah lagi..

malindo free 20kg n siap ada tv lagi kat seat,boleh tengok movie.. best woo..
 
Back
Top
Log in Register