MAS syarikat penerbangan ketujuh terbaik dunia

Recommended Brokers


demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: Kedudukan Penerbangan Malaysia (MAS) naik satu tangga untuk bertapak di tempat ketujuh dalam senarai tinjauan pendapat umum mengenai Pelancongan 2010 bagi kategori 10 syarikat penerbangan terbaik di seluruh dunia yang dijalankan oleh majalah pelancongan bagi Asia, Smart Travel Asia.

Tinjauan pendapat itu direkodkan daripada kalangan pengguna perkhidmatan udara pada purata 13.56 kali sejak 12 bulan lalu, dengan 60 peratus daripadanya berpangkalan di Asia, 20 peratus di Eropah manakala 20 peratus lagi di Amerika. MAS menduduki tempat ke-lima dalam kategori 10 Perkhidmatan Kabin Terbaik dan tempat ke-enam dalam kategori 10 Kelas Bisnes Terbaik. Pengurus Besar Kanan, Pejabat Pengarah Urusan MAS, Muzzaffar Othman dalam satu kenyataan semalam, berkata pasaran Asia adalah sasaran utama syarikat penerbangan itu, dan pihaknya amat gembira kerana menerima pengiktirafan berkenaan.

Beliau berkata, 60 peratus daripada mereka yang dirujuk pendapat itu adalah daripada kalangan pengguna di Asia, dan ia pasti akan membakar semangat syarikat itu bagi mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk memberikan perkhidmatan bertaraf lima bintang kepada pelanggan.

Kami berada di landasan yang betul dalam usaha mengukuhkan pertumbuhan dan sedang menantikan penghantaran pesawat baru kami mulai tahun ini sehingga 2014. Pesawat B737-800s akan tiba mulai Oktober ini.

Dengan ini kami akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima pesawat yang dirujuk sebagai Boeing Sky Interior. Ini bermakna pelanggan kami akan dapat menikmati produk dan perkhidmatan lebih baik oleh syarikat kami, katanya.
Muzzaffar berkata, MAS sentiasa mencari jalan untuk menambah baik pengalaman penerbangan yang boleh ditawarkan kepada pelanggannya dan salah satu daripadanya ialah menerusi pengenalan aplikasi MHmobile.

Katanya, menerusi aplikasi ini pelanggan bukan saja boleh membeli tiket dan check-in penerbangan mereka menerusi telefon bimbit, malah ia turut membenarkan mereka memeriksa mata yang terkumpul dalam ganjaran Enrich mereka.

Sementara itu, Editor Smart Travel Asia, Vijay Verghese, berkata keputusan pendapat ramai itu adalah pencapaian yang amat cemerlang buat MAS kerana ia terpilih daripada lebih 100 syarikat pengangkutan yang beroperasi. BERNAMA
 
Sponsored Post

sipout

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,523
Reaction score
12
Points
25
guds job...bangga aku jadi rakyat mesia nie...heheheh
 

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
15
Points
30
bgos la..lps ni hrp2 jgn la dok rugi byk2 sgt ye MAS...:D
 

layanjelah

Active Member
Joined
May 24, 2009
Messages
1,270
Reaction score
119
Points
33
kwn aku keje pramugara siap ade anak luar nikah....hotel diaorg pompuan laki kuar masuk..ngeri betul.
 

PinguSpy

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,141
Reaction score
113
Points
73
aku pun ade gak kenal sorang pramugari + bekas model stewardess ..
cam s1.al je.. call aku dlm keadaan horny adeh...

mmg kebanyak pramugari aku berani jamin 99% = sex bebas

kalau airasia xde mesti lg best mas dominate ini industry...
x seperti proton yg dominate sorang2 industry kereta "malaysia"
 

lizzqute

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
55
Points
70
Huish....... Betol ker ni????
 

arjan

Fun Poster
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
Kami berada di landasan yang betul dalam usaha mengukuhkan pertumbuhan dan sedang menantikan penghantaran pesawat baru kami mulai tahun ini sehingga 2014. Pesawat B737-800s akan tiba mulai Oktober ini.
wah mas nk guna b737-800..besa jugak kapal terbang ni


nk tgk airbus mas a380 lak
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,843
Reaction score
37
Points
120
bagus le cenggitu, jangan rugi lagi sudah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register