ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MAS menjangkakan industri penerbangan akan terus mencabar, tahun ini.
MALAYSIA Airlines (MAS) hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan sebuah syarikat penyediaan penyelesaian IT yang berpengkalan di Chennai, Ramco Systems, bagi satu suite penyelesaian kejuruteraan kritikal yang menyeluruh.
Perjanjian selama lima tahun ini merangkumi penyelenggaraan pesawat, penjualan perkhidmatan penyelenggaraan, serta fungsi operasi, sumber manusia dan kewangan, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pelaksanaan penyelesaian itu akan membolehkan syarikat penerbangan nasional itu mengendalikan proses-proses perniagaan penerbangan yang canggih untuk menambah baik dan mengoptimumkan pengurusan pesawat dan memberikan maklumat awal tentang penyelenggaraan baik pulih dan rombak rawat (MRO) serta perkara berkaitan kejuruteraan, membantu membuat keputusan melalui komputer meja dan peranti mudah alih.
"Kami amat berharap dapat mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi dengan penyelesaian enterpris MRO Ramco, untuk mengubah perjalanan oprasi kejuruteraan dan penyelenggaraan kami.
"Dalam pasaran yang sengit persaingannya hari ini, amat penting dimanfaatkan teknologi baharu untuk mencapai tahap produktiviti dan kecekapan supaya kita setanding dengan MRO terkemuka di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata memandangkan persaingan sengit dan tekanan terhadap pulangan yang dihadapi oleh industri penerbangan, MAS akan mengubah set fungsi kritikal dari landasan hinggalah kepada ibu pejabat korporat.
Melalui pelaburan ini, kami akan dapat meraih ekonomi bidangan untuk meningkatkan kecekapan, melaksanakan penyelesaian mudah alih yang diupayakan oleh pengkomputeran awan dan mempunyai fleksibiliti untuk berkembang dan memenuhi keperluan perniagaan yang sentiasa berubah-ubah pada masa akan datang," katanya. - Bernama