BTC USD 37,396.8 Gold USD 1,797.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marsha tak mahu goda 'lelaki kaya'

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
mainpixqe6.jpg
mainpix2wk2.jpg



JELITAWAN suku kaum Kadazan-Dusun ini masih mampu bertahan hingga hari ini sekalipun musim baru Akademi Fantasia Ke-7 (AF7) bakal menjengah awal tahun depan. Dia juga baru dua bulan mendapat tawaran menyambung kontraknya bersama Maestro Talent & Management selama setahun lagi. Namun, bukan semua bintang kelahiran AF bernasib baik seperti Marsha.

Berbekalkan kecantikan, penampilan seksi dan aura manjanya, Marsha terus diterima peminat sekalipun ada suara sumbang mendakwa bakat nyanyian dan lakonannya tidaklah seberapa dan sukar dibanggakan. Justeru, tidakkah Marsha berasa terhina apabila dilabel 'beauty without talent' sekalipun nama terus meniti di bibir peminat?

"Bukan terhina, tetapi amat bersyukur! Cantik adalah universal dan bonus. Tapi, bakat pun penting. Manakala nasib dan rezeki adalah pemberian Tuhan. Justeru, saya harus bekerja keras memelihara kesemuanya. Pun begitu, saya tak nafikan, bidang nyanyian saya tak ke mana, orang tak nampak saya as a singer kerana sehingga hari ini saya belum ada sebarang album penuh. Tapi, syukur masih ada tawaran berlakon drama dan filem," kata Marsha yang tetap kekal dengan lenggok manjanya.

Apabila Marsha bersetuju menyambung kontraknya bersama Maestro, ada dakwaan membisikkan ke telinga penulis, dia sebenarnya menjerat diri sendiri. Benarkah begitu?


"Jika nak dibandingkan artis AF lain, saya boleh dianggap bernasib baik kerana Maestro terus 'menjual' saya untuk endorsement, lakonan dan show sekali sekala walaupun tidak semewah Mawi. Tapi, kadang-kadang pun saya berasa malu apabila orang asyik bertanya, bila saya nak keluar dengan album penuh?

"Saya memujuk diri, beri peluang kepada Maestro membuktikan semua janjinya. Tapi, agak mengecewakan kerana sehingga hari ini single pun belum dihasilkan. Rakaman yang saya jayakan sebelum ini sekadar petikan daripada lagu filem. Nak kata 100 peratus daripada Maestro untuk album penuh, tak nampak lagi, cuma buat rakaman beberapa lagu, tapi sehingga hari ini semuanya belum diterbitkan lagi, mungkin ada masalah teknikal.


"Sekarang kita sudah ada juara AF6, saya pula sudah tiga tahun lebih dalam industri ini, masih tak ada album sendiri, memanglah sedih... Pernah juga saya terfikir, saya nak terus berlakon saja, tapi tujuan saya terjun ke industri ini untuk menjadi penyanyi. Namun, apa yang saya idamkan, mempunyai album sendiri, masih belum tercapai, justeru saya harus bekerja keras merealisasikan impian.

"Memang saya berharap, Maestro mengotakan janji mereka, menghasilkan produk yang baik, sekurang-kurangnya a single can do. Saya tak kisah, janji ada lagu baru," katanya menguntum senyuman yang boleh mencairkan hati lelaki.

Pun begitu, berbekalkan kecantikan dan personaliti yang menarik, Marsha boleh mengambil jalan mudah dengan mendekati kenamaan untuk merealisasikan impiannya dengan sekelip mata, jadi tidakkah dia berhasrat mengikut jejak segelintir artis cantik seusianya yang sudah pun hidup senang lenang dengan mendampingi golongan VIP?

"Menggoda lelaki kaya untuk keselesaan hidup, bukan saya! Hanya artis bertaraf pelacur yang tergamak buat 'kerja' seperti itu untuk kepentingan peribadi. Saya lebih rela miskin, tak ada job daripada menjual diri untuk jadi artis kaya raya! Sekali terjebak, bermakna saya hilang maruah diri. Saya tak sanggup digelar artis pelacur kelas atasan gara-gara nak hidup mewah," tegas Marsha mempertahankan pendiriannya.

Bagaimana pula hubungannya dengan Kefli apabila mereka dilabel sebagai pasangan kekasih?

"Bukan kekasih, tapi saya dan Kefli sekadar berkawan rapat. Kalau nak kata hubungan kami 'teman tapi mesra', bolehlah... Tapi, nak lebih daripada itu, saya serahkan kepada takdir. Berapa lama kami akan 'berteman tapi mesra', saya tak tahu sampai bila, tak ada jawapan. Yang pasti, saya selesa dan berasa selamat berada di samping Kefli," ujar Marsha berterus-terang.

INFO: Marsha

# NAMA PENUH: Marsha Milan Londoh @ Millon Samingau
# TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
# KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
# ASAL: Tamparuli, Sabah, namun dilahirkan di Amerika Syarikat
# PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005
# DRAMA ON-LINE: Kerana Karina, Kerana Karina 2 dan Kerana Karina 3 menerusi www.gua.com.my
# DRAMA TV: Mega Sekeping Hati (RTM)
# FILEM: Saus Kacang terbitan Sinemart, Indonesia dan berlakon bersama Bunga Citra Lestari serta Ashraf Sinclair
# LAGU RUNUT BUNYI: Sayang (duet bersama Ajai) dan Bila Aku Cinta (solo) menerusi filem Sayang You Can Dance
# DUTA: Spritzer Tinge, Snips dan Nivea.

# Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)
# Terima kasih: Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Herman Tan
# Pakaian: Noor Arfa Batek Sdn Bhd
# Terima kasih: Shabri Saad (019 299 3809)
# Solekan & dandanan: Midah Khan (012 653 9559)
 
Sponsored Post

hazwan

Super Active Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
5,107
Reaction score
11
Points
65
nasib baik bukan LONDEH, pe maksud ek tu? :-?
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
kalu tgk balik masa konsert AF..dia nyanyi lagu BOSSANOVA...bob lokman yg jadi juri pun mata xberkelip...:eek:
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Pokok Kelapak!!!:)):)):)):)):))
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
baru 23.. Tgk muka & siku macam dah 32 lak..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register