BTC USD 27,669.1 Gold USD 1,976.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mark-up harga jual beli. Menguntungkan atau merugikan?

Ahmad07

Legendary Member
gem
Messages
10,366
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
MARK-UP HARGA JUAL BELI. MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN?

Oleh:
Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah

Ramai orang suka mark-up harga jual beli apabila nak beli hartanah. Alasannya, sbb nak dapatkan lebihan cash utk bayar deposit harga jual beli dan utk tampung kos guaman dan lain2 kos berkaitan dgn urusan jual beli hartanah tersebut.

Tahukah anda, sbnrnya mark-up harga jual beli bukanlah satu tindakan yang bijak, bahkan tanpa disedari sebenarnya ia MERUGIKAN ANDA!

Kenapa saya katakan begitu?

1. Tahukah anda bila anda markup, dlm SNP akan ditulis dgn harga markup, bukannya harga sebenar. Oleh yg demikian, anda akan dikenakan legal fees, duti stem pindah milik dan fees pendaftaran di pejabat tanah mengikut harga yang tertulis dlm SNP tadi. Ini akan menyebabkan kos guaman anda jadi lebih tinggi.

2. Anda terpaksa bayar interest/profit kpd bank utk jumlah yang anda markup tersebut sepanjang tempoh pinjaman. Misalnya, kalau anda mark up rm10k, untuk sepanjang tempoh pinjaman, 30 tahun misalnya, anda mungkin terpaksa byr lebih rm25k kpd bank utk jumlah yang anda markup tersebut. Dlm jangka masa panjang ianya akan merugikan anda.

3. Anda terpaksa tanggung bayar cukai keuntungan harta tanah (CKHT) terhadap amaun yg anda mark-up tersebut. Ini kerana penjual tidak akan bertanggungjawab utk jelaskan CKHT amaun yang anda mark-up tersebut kerana jumlah tersebut bukannya dpt kpd beliau pun.

4. Sekiranya anda markup , berkemungkinan besar harga markup tersebut akan jadi lebih tinggi drpd current market value sebenar. Ini akan menyebabkan bank sukar utk meluluskan pinjaman anda kerana harga jualan lebih tinggi daripada market value.

5. Tahukah anda, utk urusan beli rumah yg dlm pembinaan dgn pemaju, segala byrn tuntutan progres akan terus dibayar oleh bank/bpp ke dalam akaun HDA pemaju, termasuklah amaun yang anda mark-up tadi. Adakah anda yakin pemaju akan sewenang2nya keluarkan duit dlm akaun tersebut utk dipulangkan kpd anda. Jika pemaju tak nak pulangkan apa akan jadi pada duit anda?

Kalaupun pemaju pulangkan wang markup tersebu, ianya hanya akan di pulangkan setelah milikan kosong hartanah diserahkan kpd anda. Bukan nya pada progres claim yang pertama. Anda fikir senang ke pemaju nak lepaskan wang yang dah masuk dalam akaun mereka?

6. Biasanya pemaju juga akan charge administration fees utk urusan markup tersebut. Dan anda terpaksa byr fees tersebut on the spot. Ada sesetengah pemaju yg akan potong terus dari jumlah yang anda markup tersebut. Akhirnya, anda tak kan dapat penuh jumlah yang anda markup tersebut.

Jadi nasihat saya, TAK PERLULAH MARKUP harga jual beli. Ianya tidak menguntungkan anda sepenuhnya pun, bahkan anda akan mendedahkan diri anda dengan RISIKO KERUGIAN!
 

CG Sponsors




Top
Log in Register